Panduan Menulis Resume 2019

Panduan Menulis Resume 2019 yang menarik bukanlah sesuatu yang mudah dan bukan sesukar yang disangka.

Didalam strategi Panduan Menulis Resume bakat bukanlah syarat yang diperlukan untuk menghasilkan keputusan resume yang memberansangkan kerana  anda boleh berpandukan contoh resume yang sedia ada .

Sebelum memulakan penulisan resume ,anda haruslah memastikan kategori resume anda berada peringkat yang mana,disini saya nyatakan tiga contoh peringkat kategori resume iaitu:

1.Resume tentang asas latar diri anda iaitu

Resume untuk meraka yang baru mendapat jemputan temuduga buat pertama kali dan mempunyai pengalaman kerja yang agak terhad ,sesuai bagi lepasan dan graduan

2.Berdasarkan latar diri kronologi

Berasaskan level bidang yang berbeza dan bercirikan perkembangan kejayaan didalam suatu tempoh masa ,resume ini dikhaskan untuk meraka yang mempunyai pelbagai pengalaman berkerja pada sesuatu tempoh masa .

3.Latar diri resume

Berasaskan sasaran ,dikhaskan untuk meraka yang yakin tentang kerjayanya dalam menentukan sasaran .

Menulis resume yang menepati citarasa majikan ,secara umumnya meningkatkan  peluang permohonan untuk diterima .Salah satu punca resume yang dirasakan memenuhi kriteria pemilihan ialah berdasarkan komponen-komponen  ini:

Nama penuh (mengikut kad pengenalan)
Gambar terbaru (saiz passport)
Butir-butir peribadi (tarikh & tempat lahir, taraf perkahwinan)
Alamat surat menyurat (termasuk poskad)
Alamat tetap (jika lain dari no. 4)
Objektif pekerjaan (sekiranya sudah pasti dan mesti sesuai dengan jawatan yang dipohon).
Latar belakang pendidikan (tinggalkan pendidikan rendah, kelayakan tertinggi lebih diutamakan).
Pengalaman kerja (termasuk kerja sementara & latihan amali).
Aktiviti kokurikulum dan persatuan.
Keahlian dalam badan-badan ikhtisas (jika ada) serta taraf keahlian.
Penglibatan masyarakat / komuniti.
Penerbitan (jika ada).
Taraf serta kemahiran berbagai bahasa.
Kemahiran lain (menaip, komputer).
Lesen memandu (taraf / gred).
Minat & kegemaran (mendaki, berenang, melukis).
Rujukan 2 orang yang kenal anda (bukan saudara mara).

[alert type=”info” icon-size=”normal”]Panduan Menulis Resume[/alert]

33 thoughts on “Panduan Menulis Resume 2019”

  1. Dulu Jai main belasah je, janji nampak penuh..hu3.. Nak berenti kerja jugak ni, cuba usha kje lain, x larat dah nak kje shif.. 🙂

      1. Betullah jai…kadang2…aku ada jugak fikir nak cari kerja lain…tp memandangkan susah nak dapat kerja sekarang….sabor jerlah dulu…insyaAllah, mana tau…berkat sabar ni ada barakahnya… 😀

        1. Betul jugak… Bab kje sekarang org dah jadi takut… Kalau dulu kerajaan syorkan belajar sampai masuk U supaya lebih menjamin masa depan, sekarang kita tengok apa diorg nak kata? Menjamin ke masa depan bila belajar tinggi2.. Hanya usaha, tawakal sahaja sekarang ni..

  2. suri msh kekalkan format masa bljt kt kolej dulu pensyarah bi yg ajar..

    mujur berpatutan dgn apa yg di nak pada surat permohonan semua ada d stu 🙂

  3. Lama dah tak tengok resume sendiri…mmg tak update langsung…heeeh

    Bro Razlan, camne pulak dgn calon yg suka tulis over2 dalam resume?

  4. dlm resume saya tak ada ni

    Aktiviti kokurikulum dan persatuan.
    Keahlian dalam badan-badan ikhtisas (jika ada) serta taraf keahlian.
    Penglibatan masyarakat / komuniti.
    Penerbitan (jika ada).
    Taraf serta kemahiran berbagai bahasa.

    heeee..blh di katakan resume saya sehelai muka surat shja 🙂

  5. Pingback: contoh format resume | Sample Resume

  6. Pingback: Panduan Resume Dan Surat Iringan Kerja 2018 | Contoh Resume

  7. Pingback: 5 Kesilapan kecil ketika menulis resume | Contoh Resume

  8. Pingback: Panduan Resume 2019 – Contoh Resume

  9. Pingback: 5 Kesilapan kecil ketika menulis resume – Contoh Resume

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top