Resume adalah kunci untuk menarik perhatian majikan dan menunjukkan butiran data,selain itu ujian penilaian seharusnya menjadi fokus penting bagi meraka yang mengejar pekerjaan khususnya kerja kerajaan. Majikan ingin mencari pekerja yang berwibawa dan berpotensi tinggi menggalas tugas yang diberikan. Melalui ujian penilaian,majikan mampu mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pemohon dari segi personaliti,kebolehan dan kemahiran yang dimiliki pemohon.
Kaedah ujian penilaian dijalankan sekiranya terdapat ruangan kosong di jawatan yang tertentu seperti sektor awam,Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41,Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41,Akauntan Gred W41 dan Pegawai Belia dan Sukan Gred S41, Pegawai Siasatan Gred P41, Penguasa Bomba Gred KB41, Pegawai Keselamatan Gred KP41, Penguasa Penjara Gred KX41, Pegawai Penguat kuasa Gred N41,Penguasa Kastam Gred W41, Pegawai Tadbir Gred N41, Pegawai Arkib Gred S41, Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41, Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S41, Pegawai Psikologi Gred S41, Pegawai Penerangan Gred dan lain-lain lagi.
Mulakan dengan mengetahui tentang bidang kerja yang berkaitan,organisasi dan memhami dengan jelas jawatan yang anda inginkan. Anda harus pastikan yang anda mengetahui sedikit sebanyak soalan tentang penilaian ujian yang dijalankan.
Cuba mencari apakah jenis ujian penilaian yang akan digunakan. Jika anda mengetahuinya,anda boleh membuat kajian tentang bagaimana meraka mencatat markah dan mengapa ia penting . Hasil uji siasat yang mudah ini mungkin membantu anda memberi petunjuk apakah ciri-ciri pekerja yang majikan inginkan.
Majikan juga menggunakan ujian kemahiran untuk menentukan sama ada pemohon memiliki kemahiran mekanikal atau berkenaan bidang khusus yang dipohon . Ujian kemahiran adalah langkah praktikal untuk melihat sama ada pemohon boleh melakukan tugas fizikal di lapangan . Contoh ujian kemahiran seperti,juruteknik elektrik iaitu mampu melakukan pendawaian elektrik dan membaiki kerosakan elektrik.
Pemohon hendaklah bersiap sedia sewaktu ujian penilaian. Walaupun hampir semua ujian yang dijalankan melalui format bertulis,kemungkinan besar ada waktunya majikan mengadakan ujian secara perseorangan dan ada juga yang dibuat bersama sekumpulan pemohon yang lain bertujuan untuk melihat bagaimana pemohon boleh berkomunikasi antara satu sama lain dan bekerjasama. Ada ujian penilaian juga yang mengarahkan pemohon untuk berucap dihadapan panel dan menanyakan soalan yang mesti dijawab.