post

Cara Menulis Resume Yang Berkesan

Seringkali apabila anda ingin memohon jawatan majikan akan meminta resume. Tahukah anda komponen mudah ini didalam resume akan mudahkan anda untuk lulus.

Kemahiran keras dan kemahiran lembut 

Pada dasarnya anda boleh dapati dengan mudah apabila anda menggunakan peribahasa english hard skill and soft skill. Disitu anda akan dapat jawapan panjang lebar.

Apa yang dimaksudkan dengan hard skill dan soft skill ini ialah Ianya kelihatan sama tetapi berlainan fungsi. Berikut adalah keterangan ringkas.

Soft skill / kemahiran lembut

Kemahiran ini berdasarkan peningkatan personaliti anda sepanjang hidup. Ianya seperti kemahiran membahagikan masa, mendengar arahan ,berkomunikasi secara berdepan dengan situasi yang berlaku dihadapan anda.

Kemahiran keras/ hard skill

Ianya adalah kemahiran yang perlu dipelajari untuk menggunakannya. Kemahiran ini perlukan satu jangka masa untuk memilikinya. Contoh mudah kemahiran ini adalah seperti operasi mesin, membaiki peralatan elektrik , menggunakan program komputer dan sebagainya.

Berikut adalah beberapa contoh set kemahiran yang boleh anda rujuk sebagai panduan:

Hard skill

Pengurusan Data

Program Pengaturacara Adobe Suit

Pmbangunan Perisaian komputer Dan Mobile

Pengurusan Sistem Penyimpanan Data 

Soft Skill

Integriti

Bergerak Berkumpulan

Penyelesai Masalah

Kreativiti

Mudah Sesuaikan Diri

Sanggup Belajar

 

Bila dan bagaimana menggunakan skil skill ini

Anda boleh letakkan atau gabungkan kemahiran pada deskripsi tugas atau objektif utama resume. Selain itu anda boleh letakkan di bahagian seksyen skill @ kemahiran .

Gunakan kreativiti anda untuk mengarap skill yang menarik perhatian. Ambil perhatian pengalaman lalu seperti perkerjaan lampau untuk dijadikan rujukan kerja berkaitan.

Rujuk Template Contoh Resume Di sini…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.