Tajuk: Serangan Panik
- Relax,senangkan diri
- Berhenti fikir negatif
- Guna ayat ulangan
- Redha perasaan anda
1.Relax,senangkan diri
Rehatkan diri dengan mengambil nafas yang perlahan,dalam dan panjang. Sabarkan diri dengan mengingatkan diri anda bahawa anda sedang mengalami serangan panik dan tiada perkara yang lebih serius akan berlaku kepada anda. Teruskan dengan mengambil nafas yang perlahan dan panjang ,akan membantu merehatkan badan anda dan menurunkan tekanan adrenalin didalam badan anda.
2.Berhenti fikir negatif
Henti fikir negatif dengan menjerit perkataan !!henti!!betul-betul kuat didalam kepala anda . Dengan menjerit !!henti !!anda akan menganggu mesej kecemasan yang dihantar oleh otak anda kepada sistem adrenalin anda. Ramai orang yang mengalami serangan panik terperangkap didalam situasi memikir perkara ulang-ulangan didlam kepala meraka. Mengakhiri gangguan ini memberikan anda peluang untuk menggantikan mesej menakutkan dengan mesej yang menenangkan.
3.Guna ayat ulangan
Ayat ulangan adalah pernyataan positif yang lebih kurang sama kuat dengan pernyataan ketakutan didalam kepala anda itu. Gantikan pemikiran negatif dengan pemikiran yang positif.
Contohnya,jika anda fikir bahawa anda sedang mengalami sakit jantung(ketakutan biasa sewaktu serangan panik) dan kemudian anda mungkin akan fikirkan didalam kepala anda seperti”oh tidak,aku terkena serangan jantung “atau,”oh tuhanku,aku akan mati” selepas anda menjerit perkataan !!henti!!dan segera gantikan pemikiran yang menakutkan itu dengan pernyataan positif yang boleh boleh membantu menenangkan perasaan seperti “aku tengah mengalami serangan panik dan ia akan berhenti dalam 2,3 minit lagi”atau”ketakutan ini membuat hati ku berdegup kencang ,jantungku baik aje.
Sediakan satu nota kecil,adakan sumbangsaran idea yang mana mengakbatkan situasi ketakutan kepada anda dan kemudian buat satu senarai panjang ayat ulangan positif yang anda boleh gunakan sewaktu mengalami serangan panik
Peringatan:jika punca ketakutan anda berpunca dari situasi bahaya yang sebenar ,anda harus mencari alternatif lain untuk menangani situasi ini atau berjumpa dengan doktor yang bertauliah.
4.Redha perasaan anda,tawakkal
Menerima dan redha dengan perasaan anda adalah sangat penting.
Mulakan dengan mengenal pasti apakan jenis emosi yang anda alami. Kebanyakan serangan panik berpunca daripada ketakutan emosi . Kenalpasti emosi yang anda rasakan dan cari sebab ia berlaku
Sahkan perasaan yang anda alami dan sebab untuknya. Jika anda menghadapi serangan panik sebelum memberi ucapan,maka anda takut kerana ia mengerunkan anda. Ketakutan memberi ucapan adalah punca biasa ketakutan dan panik. Jika anda takut mengalami sakit jantung ,ia adalah betul untuk merasa takut.
Ketakutan adalah emosi positif yang mengingatkan anda untuk menjaga diri ,dengarlah perasaan anda,jaga diri dan kekalkan persekitaran sihat.
ok. tips yang bagus. leh copy dan simpan kat notepad.
Selain daripada tips diatas,anda yang mengalami serangan panik boleh juga menggunakan kaedah ini iaitu ,buatkan satu beg surat khabar atau kertas dan tekup mulut anda dan hidung ,anda harus bernafas menggunakan beg kertas tersebut. Lakukan beberapa minit sehingga anda dapat mengawal emosi anda kembali.