PENDANG: Kemajuan sesebuah tempat diukur melalui pembangunan pesat dan struktur penempatan yang logistik , malangya bagi lokasi penempatan kecil dikawasan pendang ,kemudahan telefon awam disekitar penghentian bas tersebut sangatlah mengecawakan .
Menurut beberapa aduan penduduk , hampir kesemua telefon awam di kawasan stesen bas itu tidak berfungsi yang mana akan menyukarkan sesiapa pun termasuk pelancong sewaktu menghadapi masalah seperti kehabisan prepaid isian semula telefon mudah alih yang mana sangat menyusahkan setiap individu.
Situasi itu juga menyebabkan kesusahan kepada pengguna sewaktu kecemasan dan memaksa pengguna supaya pergi ke tempat yang lebih jauh untuk mendapatkan perkhidmatan telefon awam yang jauh dari stesen bas tersebut .
Beberapa tinjauan yang telah dibuat oleh seorang pengadu berkata ” disebabkan kegiatan vandalisme yang kerap berlaku dikawasan ini,maka pihak berkuasa telah memotong talian telefon awam di kawasan ini.
Justeru itu , tindakan memotong talian tersebut mungkin dapat mengatasi masalah vandalisme , namun disebalik tindakan itu terselindung kesan yang ketara terhadap pengguna telefon awam yang sangat memerlukan ketika kecemasan .
Kegiatan vandalisme boleh dipatahkan melalui kaedah pencegahan konkrit dimana pihak berwajib boleh mengenal pasti suspek vandalisme melalui pemasangan kamera cctv di kawasan tersebut , kaedah ini telah diakui berkesan menangani masalah vandalisme disamping hukuman yang lebih keras seperti sebatan , khidmat sosial serta hukuman penjara .Contoh surat rasmi