Apakah sebenarnya yang anda faham tentang – Resume dan bagaimanakah resume yang mampu berkata-kata untuk anda . Resume yang sememangnya senjata utama bagi anda yang memburu perkerjaan yang diminati,lantas adalah penting untuk menghasilkan resume yang bakal mengubah hidup anda pada masa kini dan hadapan.
Sebagai seorang pemburu perkerjaan,memiliki pengalaman kerja adalah satu insentif yang penting,manakala kemahiran merupakan modal yang sentiasa mendapat permintaan terhadap penawar perkerjaan. Maka dengan elemen-elemen ini,pemohon khasnya memiliki peluang yang lebih cerah memilih organisasi yang diminati dan mudah mendapat peluang perkerjaan berbanding ratusan ribu pemohon yang lain.
Justeru itu,penting bagi pemohon mengetahui jenis-jenis resume dan fungsi setiap kategori.
Diperingkat antarabangsa kini,terdapat 4 jenis resume yang berlainan dan fungsi.
- Resume Kronologi
- Resume Fungsian
- Resume Gabungan
- Resume Imbasan
Resume Kronologi
Fungsi resume kronologi adalah mula dengan menyenaraikan sejarah perkerjaaan anda,diikuti dengan posisi perkerjaan terbaru dan maklumat pendidikan serta kemahiran. Setiap kategori yang digunakan secara terbalik mengikut aturan kronologi sesuai untuk meraka yang mempunyai pengalaman kerja yang stabil,didalam tempoh masa yang panjang.
Contoh Format resume kronologi
- Nama Penuh
- Alamat
- Email/No Tel
Pengalaman Professional/Pengalaman Kerja
- Kerja terdahulu
- Kerja Sekarang/terkini
Makmumat PendidikanMaklumat Kemahiran
Resume Fungsian
Berikut tentang fungsi resume fungsian,resume yang fokus kepada elemen kemahiran dan pengalaman. Berbeza dengan resume kronologi ,resume fungsian lebih berguna untuk meraka yang tidak mempunyai sejarah kerja yang panjang,untuk meraka yang baru memulakan kerjaya .
Contoh Format resume Fungsian
- Nama Penuh
- Alamat
- Email/No Tel
Objektif Perkerjaan/Objektif Resume
Ringkasan Kelayakan/Rumusan Kerjaya
Pencapaian/Pengalaman didalam bidang yang berkaitan
Pendidikan
Resume Gabungan
Resume yang menggabungkan format terbaik antara resume kronologi dan fungsian . Ia boleh jadi resume kronologi yang pendek dan huraian deskripsi perkerjaan ,didahului dengan kemahiran dan pencapaian .
Contoh Format resume Gabungan
- Nama Penuh
- Alamat
- Email/No Tel
Objektif Perkerjaan/Objektif Resume
Maklumat Kemahiran
Pencapaian/Pengalaman didalam bidang yang berkaitan
Pengalaman Professional/Pengalaman KerjaMakmumat Pendidikan
Resume Imbasan
Resume yang diimbas melalui pengimbas (scanner) perisian optical character recognition yang mengimbas kata kunci utama . Resume imbasan bukan format resume tetapi lebih menekankan kepada penggunaan kata kunci . Hampir kebanyakkan syarikat yang besar kini menggunakan (ocr) untuk menjimatkan masa dan ketepatan. Kaedah yang sama seperti kaedah biasa untuk membantu anda mendapatkan perkerjaan. Resume yang diimbas mencari kata kunci sebanyak 95 peratus untuk membolehkan pemohon layak untuk menjalani temuduga. Klik contoh resume untuk maklumat seterusnya .

Leave a Reply