Memiiki pekerjaan di sektor kerajaan boleh menjadi menarik,mencabar dan merupakan pekerjaan yang stabil untuk mencari pendapatan khususnya di Malaysia kini. Pekerjaan di sektor awam khasnya yang bermula dari kerjaya penghantar surat (posmen) ,perkhidmatan keselamatan(polis/tentera) sehinggalah undang-undang dan juga kewangan. Bersedia menghadapi temuduga dengan persiapan yang rapi seperti memakai pakaian yang kemas,persedian resume dan mengetahui serba sedikit soalan dan jawapan temuduga khas untuk jawatan sektor awam.
Temuduga perkerjaan awam secara umumnya mempunyai matlamatnya sendiri didalam memilih calon yang sesuai dan berpotensi untuk menangani situasi tekanan dan bagaimana calon tersebut bekerja dibawah pentadbiran kerajaan negeri dan pusat.
Apabila anda memohon untuk bekerja didalam sektor awam, anda dasarnya akan bekerja untuk negara dan harus menghormati penemuduga anda dengan memilih pakaian yang sesuai. Pilih pakaian konservatif berwarna gelap dan sederhana dengan sentuhan klasik seperti pakaian yang selesa seperti baju kurung atau skirt berlabuh untuk wanita atau tali leher yang malap buat lelaki. Sesuaikan pakaian dengan tema temuduga khusus untuk kerajaan iaitu sederhana. Khaskan fail folder yang sesuai untuk anda muatkan fail-fail penting seperti resume,butir maklumat pendidikan dan juga dokumen yang berkaitan.
Wanita seharusnya menjauhkan diri daripada memakai solek kuku berwarna dan lelaki perlu mengelak memakai terlalu banyak minyak wangi atau aksesori seperti gelang,cincin atau kaca mata gelap. Anda mahu menonjolkan personaliti anda dan bukannya pakaian anda.
Tunjukkan Pencapaian yang amat membanggakan anda di tempat kerja semasa temuduga. Kenal pasti pencapaian yang menjadikan anda menjadi pekerja terbaik pada majikan terdahulu. Komponen ini penting bagi penemuduga ,kerana meraka mencari calon yang memiliki pengalaman dan juga pengetahuan tentang jawatan yang ditawarkan.
Anda boleh merujuk entri yang berkaitan temuduga dengan klik menu ! Tips Temuduga ! diatas.
memang ramai yang nak kerja kerajaan ni. banyak kelebihannya. hehe..
nak kerja kerajaan sekarang nie tampak susah.. sebab nak kena bersaing dengan ramai para siswazah dan para pekerja swasta… pada pendapat aku persediaan yang rapi sangat penting.. kerana ia memberikan kelebihan % yang tinggi . jangan mengelabah.