Kenali penyakit serangan panik

Serangan panik adalah perasaan takut bersangatan berlaku didalam satu tempoh masa pada sesetengah individu.  Ia berlaku secara berulangan tanpa mengira masa mahupun diwaktu tidur. Bagi seseorang yang mengalami serangan panik, dia mungkin percaya bahawa dirinya sedang mengalami serangan jantung atau merasakan waktu kematiannya begitu dekat dengannya. Ciri-ciri tanda yang dialami oleh seseorang yang mengalami serangan panik ialah:

  • Jantung berdegup kencang
  • Lemah,pening atau pengsan
  • Rasa kebas ditangan atau jari
  • Rasa takut bagai nak mati atau rasa akan mati
  • Berpeluh dan sejuk
  • Sakit dada
  • Sukar bernafas
  • Hilang kawalan diri
  • Nafas yang tersekat-sekat(dyspnea)
  • Muntah
  • Rasa tercekik

Serangan panik biasanya berlaku selama 10 minit atau lebih. Bagi seseorang yang pernah mengalaminya,kemungkinan besar situasi tersebut untuk berulang lagi adalah tinggi berbanding dengan seseorang yang belum pernah mengalaminya. Apabila serangan panik berlaku berulang kali,seseorang itu akan dianggap menghidapi gangguan panik.

Serangan panik adalah siri episod yang menakutkan,sedih dan perasaan yang tidak selesa dan mungkin mengambil tempoh masa beberapa hari untuk pulih. Mengikut faktor,serangan panik yang berlaku adalah disebabkan sejumlah hormon yang dilepaskan diatas arahan otak yang mengesan bahaya atau gangguan didalam badan, hormon ini dikenali sebagai adrenalin.

Ramai orang yang mengalaminya serangan panik akan pergi mendapatkan rawatan kecemasan di hospital akibat kecelaruan serangan panik yang berlaku dan tersalah tafsir diantara serangan panik dan sakit jantung.

Serangan panik digambarkan sebagai ketakutan,hiba,berulang-ulang oleh kejutan yang berlaku dengan tiba-tiba. Meraka yang mengalaminya juga digambarkan sebagai pesakit psikologi  dan gangguan ketakutan.  Walaupun begitu,serangan panik yang dikenali dekat dengan penyakit psikologi sebenarnya bukanlah penyakit mental atau  gangguan mental.

Published by

Razlan

Motivated by self employed inner sense and think positive is my abilities.

One thought on “Kenali penyakit serangan panik”

  1. As salam, selepas saya menjalani pembedahan kecil, saya selalu kene serangan panik sebab saya tidak pernah sakit dan melakukan pembedahan, saya selalu fikir pasal kematian, bila serangan terjadi jantung saya jadi laju, rasa keliru, nafas pendek. Sebelum saya mengetahui saya mempunyai penyakit panik saya selalu berfikir saya terkene serangan jantung, x-ray dan ujian darah semua saya sudah lakukan dan semuanya normal. Sekarang ubatnya adalah saya kene tenangkan fikiran, lawan perasaan. Insyaallah saya bole lakukan. Pokok pangkalnya hati, jangan terlalu stress.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.