Seperti mana yang kita semua maklum,resume adalah penting untuk membantu kita memperolehi sesuatu permohonan,jika anda melakukannya secara lewa maka begitu juga layanan yang sama dari pihak majikan. Berikan perhatian yang khusus ketika menulis isi-isi kandungan resume. Kebiasaannya Contoh Resume yang ada pada masa kini menekankan penggunaan objektif perkerjaan,tetapi kini anda boleh menggantikan objektif kepada profil yang mudah menerangkan huraian tugasan anda.
Apakah itu resume profil
Resume profil adalah huraian atau ringkasan tentang tugasan anda,kemahiran dan pengalaman didalam ringkasan ayat yang sederhana panjang tetapi berkesan untuk menarik perhatian pegawai penemuduga dan majikan. Biasa digunakan didalam surat iringan tetapi dipendekkan dengan ringkasan yang tepat dan padat. Resume profil mengambil kata kunci yang dapat membantu meningkatkan penglihatan penemuduga didalam kaitan kerja yang terlibat.
Kebaikan yang dapat dibezakan antara penggunaan objektif dengan profil adalah dapat membantu resume si pemohon kelihatan berketrampilan diantara ratusan ribu pemohon kerja yang lain. Kita semua menyedari bahawa tidak semua penemuduga memiliki masa yang panjang untuk meneliti setiap perkataan didalam resume setiap pemohon,dan setiap kali membaca resume pemohon majikan atau penemuduga lebih cenderung membaca bahagian bawah header resume anda. Jadi,wajarlah si pemohon mengambil kesempatan ini untuk memberikan gambaran profil yang baik dan menarik perhatian.
Walaubagaimanapun,cara ini tidak menjanjikan anda akan mendapat setiap jemputan temuduga . Ia juga bergantung bagaimana anda menggarap resume anda. Anda meletakkan objektif kerjaya untuk mennyatakan apa yang mahu tetapi bagi profil anda sebenarnya menawarkan apa yang anda mahir dan berpengalaman kepada majikan. Contoh mudah objektif biasa adalah “mekanik berpengalaman mencari jawatan di syarikat XZC” manakala bagi profil pula ialah “mekanik berpengalaman selama 2 tahun disyarikat VZC”. Jadi,penting untuk perhatikan apa yang penting dan sesuai untuk sesuatu jawatan ,jabatan/syarikat dan lokasi.
Jika anda masih tercari bagaimana ingin memulakan menulis resume ,cuba lihat dientry-entry lepas ini.
Koleksi Contoh Resume | Surat Iringan
Mmg tak dinafi resume yg ‘nampak lain’ akan menarik minat penemuduga utk melihat sejauh mana penampilan sebenar calon.
thanks bro utk tips ni
yang penting..benda-benada basic tu semua ada..
resume beserta pengalaman yang berkaitan sedikit sebanyak membantu untuk memberi kelebihan, apa yang penting ialah resume perlu dinggarap dengan kemas dengan tersusun.. maklumat semua harus lengkap..
Resume yang baik sedikit sebanyak menggambarkan personaliti atau siapa diri calon berkenaan.. ini akan memberikan sedikit kelebihan
bagaimana jika si penemuduga tu orang lama, dia mesti terbiasa dengan format lama kan?
Kalau macam tu,dia tak update dengan polisi kerajaan yang terbaru juga .