Exam Bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik. Peperiksaan bertulis (PTD) dah bermula lagi. Ramai juga yang ingin tahu apa jawatan yang dimaksudkan dengan pegawai tadbir diplomatik dan apakah bidang kerjanya. Mengikut penerangan ringkas ini,tugas utama pegawai tadbir diplomatik adalah seperti berikut;
Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.Sumber |
Ramai yang pernah menjalani Exam Bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik mengakui agak sukar untuk melepasi ujian tersebut,manakala kata penulis di blog ini .
Berdasarkan perubahan terkini, tiada lagi ujian bertulis untuk peperiksaan ptd . Kerajaan telah melaksana sistem online untuk kaedah lebih efisien . Anda boleh rujuk Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 2019 untuk Maklumat selanjutnya
Jawatan PTD ini lebih kepada jawatan dalam organisasi untuk peringkat lebih tinggi. Gred bagi jawatan ini bermula dengan M41 dan akan naik ke gred seterusnya mengikut hirearki. Jawatan ini membolehkan kakitangan kerajaan menjawat jawatan penting dalam sebuah badan kerajaan seperti jabatan pengangkutan jalan, jabatan penilaian negara dan sebagainya.
Nampaknya, musim menajwab soklan ptd dah datang lagi. Selamat berjya pada semua calon2. Moga dipermudahkan Allah jua…ameen
p/s-dengarnya, jawatan ptd sudah menjadi kontrak sekarang. betul ke?