Contoh Resume Pen. Pegawai Pembangunan Masyarakat

Pekerja pembangunan masyarakat membantu masyarakat untuk membawa perubahan sosial dan meningkatkan kualiti hidup di kawasan tempatan mereka. Bekerja dengan meraka yang berada di dalam masyarakat bandar atau luar bandar, pegawai-pegawai pembangunan masyarakat  bertanggungjawab untuk mendidik orang ramai mengenai perkembangan ekonomi dan sosial serta menggalakkan mereka untuk bersama menyertai program yang dapat membantu mereka. Contoh Resume Pen. Pegawai Pembangunan Masyarakat sama seperti resume biasa yang lain. Bagi lepasan graduan ,anda boleh menggunakan format resume fungsian ,jika anda memiliki pengalaman kerja berkaitan khidmat sosial yang mana boleh anda gabungkan resume fungsian dan resume kronologi bersama. Walaubagaimanapun anda boleh rujuk contoh resume biasa di halaman ini.

Pegawai pembangunan masyarakat bertanggungjawab untuk melobi dan menganjurkan program terlibat bagi pelbagai kumpulan dalam masyarakat – seperti warga emas, belia, kumpulan minoriti dan orang kurang upaya – serta membantu dalam bidang-bidang seperti kesihatan dan kebajikan.

Bagi jawatan ini,resume bukanlah perkara utama yang harus diberikan perhatian seratus peratus kerana jawatan yang dikhaskan ini bertujuan untuk memilih calon-calon yang bertrampilan dan memiliki perwatakan yang sesuai menggalas tanggungjawab berkaitan perihal kebajikan dan sosial.

Tugas Berkaitan

  • Tugas-tugas pentadbiran am.
  • Menggalakkan penyertaan di dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
  • Menyediakan laporan dan polisi.
  • Mengenal pasti  kemahiran masyarakat, aset, isu-isu dan keperluan.
  • Membuat rangkaian dengan kumpulan dan agensi yang terlibat.
  • Merancang, menghadiri dan menyelaras mesyuarat dan acara.
  • Merangka aktiviti harian dan mengawasi penghuni pusat pemulihan dadah dan penjara.
  • Memberi kaunseling kepada pesalah akhlak dan juvana.
  • Mengurus bantuan kepada orang-orang cacat, tua, miskin, papa dan mangsa bencana.

Contoh resume yang lengkap dan padat dengan maklumat yang penting tentang  sejarah anda tidak terkecuali dan merupakan aset penting bagi anda walaupun tidak  menyumbang kepada peratusan besar peluang anda untuk berjaya,tetapi kesilapan yang kecil boleh mengakibatkan para penemuduga akan mensalahtafsirkan bahawa anda tidak bersedia dan lewa . Jadi,pilih format yang terbaik dan berikan penampilan terbaik dari anda.

Rujuk Template Resume

Published by

Razlan

Motivated by self employed inner sense and think positive is my abilities.

3 thoughts on “Contoh Resume Pen. Pegawai Pembangunan Masyarakat”

  1. teringat dahulu, resume saya simple tetapi asik dapat jer panggilan interview, member tgk resume tp xmau tiru sebab nmpk x meyakinkan, hahahha

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.