Bagaimana Menulis Resume Bekerja Sendiri

Kebanyakan lambakan Contoh Resume yang ada pada pautan internet hari ini menekankan resume biasa bagi meraka yang memiliki aturan pengalaman kerja yang lama,posisi dan jawatan kerja. Manakala bagi meraka yang bekerja sendiri mungkin dianggap satu kekurangan ,mungkin kerana anda dianggap tidak boleh bekerja dibawah arahan bersama rakan-sekerja yang lain.

Walaupun begitu,menulis resume untuk bekerja sendiri adalah kaedah yang sama menulis resume biasa yang menekankan kemahiran,pengalaman kerja,pendidikan,pencapaian dan juga anugerah. Berikan gambaran yang sebenar bagaimana anda menguruskan perniagaan anda dengan professional . Tugas harian anda dan peranan anda didalam perniagaan yang diceburi ,dan mampu menonjolkan diri anda kepada majikan .

Nyatakan jenis perniagaan yang diceburi berdasarkan kronologi  seperti pengalaman kerja. Nyatakan tempoh anda menjalankan perniagaan tersebut dan tempoh anda bekerja sendiri,dan nyatakan tempat dimana anda jalankan perniagaan tersebut. Tulis beberapa rangkap pernyataan mengapa anda memulakan perniagaan tersebut,anda ingin menyempurnakan hasrat hati dan semangat yang mendorong anda. Anda juga boleh nyatakan kejayaan anda pada tempoh tersebut,keyakinan dan kemahiran baru yang diperoleh dan membantu anda.

Bagi menguatkan lagi alibi anda sebagai seorang yang bekerja sendiri ialah bertanya kepada salah seorang pelanggan anda yang sanggup menjadi rujukan didalam resume anda.  Rujukan ini penting untuk menunjukkan anda seorang berkemahiran dan pakar didalam kemahiran anda.

Surat iringan atau permohonan kerja harus ditulis dengan bijak. Gunakan ayat kunci yang penting dan berkait rapat dengan kemahiran anda. Majikan  mencari meraka yang berkemahiran tinggi dan tahu apa yang diperlukan untuk menjayakan objektif yang diamanahkan.

 

Published by

Razlan

Motivated by self employed inner sense and think positive is my abilities.

2 thoughts on “Bagaimana Menulis Resume Bekerja Sendiri”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.