Kepantasan teknologi terkini memudahkan semua kesukaran yang wujud pada suatu masa dahulu. Membuat resume untuk permohonan kerja melalui email merupakan antara kelebihan teknologi masa kini. Jika anda ingin memohon pekerjaan melalui email, ikutilah langkah-langkah mudah ini,berikut adalah cara menhantar resume melalui email :
Jika anda mencari contoh dan surat permohonan kerja,anda boleh rujuk pada link dibawah.
Apabila anda membuat permohonan kerja melalui email ,anda hendaklah menyediakan resume dan surat permohanan kerja. Penting untuk memastikan aturan format yang betul supaya majikan memperolehi maklumat anda.
Mulakan dengan simpan resume anda sebagai format word atau pdf, gunakan nama jenis fail dan diikuti dengan nama anda contohnya ” sijilnamaanda.doc ,cvnamaanda.doc.
Tips Menulis Email Resume Dan Surat Yang Berkesan
Pemohon hendaklah meletakkan tajuk yang betul, seperti nama jawatan dan diikuti dengan nama anda.
Seperti gambar diatas yang mana diambil daripada salah satu contoh surat permohonan kerja blog contohresume.com, ringkasan mudah format biasa email. Anda boleh gunakan alamat ataupun tidak. Mulakan dengan nama panggilan penerima seperti tuan/puan.
Tajuk permohonan anda.
Diakhir email ,letakkan tandatangan anda ,diikuti dengan nombor telefon.
Faks Resume Dan Surat Iringan
Selain email, anda juga boleh gunakan faks . Secara ringkasnya , ia adalah seperti
Faks atau nama penuhnya faksimili (daripada bahasa Latin fac simile, “menjadikan serupa”, iaitu “membuat salinan”) ialah teknologi telekomunikasi yang digunakan untuk memindahkan salinan (faksimili) dokumen, khususnya menggunakan peranti-peranti (mesin faks) yang disambungkan dengan rangkaian telefon. Mesin faks juga dikenali sebagai telecopier di industri-industri tertentu. Kelebihan faks berbanding perkhidmatan pos nampak dalam pengiriman dokumen melalui jarak jauh dengan serta-merta, sementara kelemahannya dari segi mutu salinan yang telah menyebabkan mesin faks diketepikan oleh e-mel sebagai kaedah pemindahan dokumen elektronik yang terpenting, kecuali apabila status sah faks kiriman serta laporan kirimannya diperlukan.
Anda hanya perlukan no tel sebagai alamat penerima dan apa yang perlu lakukan adalah scan copy dan hantar kepada alamat yang ditetapkan.
Kelebihan Faks Dan Email Sebagai Medium Penghantaran Resume Dan Surat Mohon Kerja
Ramai yang menyangkal bahawa email adalah langkah tidak menyakinkan untuk membuat permohonan kerja. Itulah pendapat meraka yang tidak mengikuti arus kemajuan hari ini. Sebaliknya dengan panduan yang betul ,anda mampu membuat mohon kerja melalui email dengan berkesan. Lihat Kelebihan ini :
- Email adalah satu langkah penjimatan yang efisien kerana dengannya anda tidak mengalami kerugian dari segi kos untuk bahan penulisan,sampul surat dan kos penghantaran surat. Anda hanya perlukan komputer atau laptop dan sambungan internet.
- Ratusan calon sama kelayakan dengan anda berebut jawatan yang sama dari sebuah syarikat yang mengiklankan jawatan kosong, dapatkah anda bayangkan berapa banyakkah permohonan secara formal iaitu surat bersampul yang perlu pihak majikan pilih calon yang layak berbanding permohonan dari email atau faks . Sudah tentu calon email dan faks akan jadi pilihan teratas sekali. Namun tak semua permohonan boleh menggunakan sistem email dan faks .
info yang bagus untuk pencari kerja