Surat kebenaran adalah surat yang memberi kuasa atau kebenaran kepada pihak yang tertentu untuk melakukan sesuatu dibawah keizinan anda. Permulaan yang baik untuk menulis surat kebenaran hendaklah bermula dengan perkataan yang sesuai seperti “Adalah dengan ini saya …………membenarkan ” bermaksud memberi kebenaran penuh untuk tujuan tertentu.
Memohon kebenaran atau memberi kebenaran adalah satu perkara yang penting,tetapi anda hendaklah memastikan format surat tersebut menepati piawai yang ditetapkan dan memastikan ia mudah difahami oleh pembaca anda.
- Surat kebenaran haruslah mempunyai tandatangan asal yang tidak mempunyai sekatan,syarat dan perjanjian.
- Surat kebenaran juga harus dicop dan disahihkan oleh pegawai atau pihak berkuasa yang terlibat untuk mensahihkan kebenaran surat tersebut.
- Surat tersebut harus menerangkan secara terperinci tentang tujuan khusus surat itu dikeluarkan,contohnya;lawatan sambil belajar zoo negara. Anda juga harus letakkan tarikh dan lokasi aktiviti tersebut.
Download Contoh Surat Kebenaran Ibubapa


Leave a Reply to fazellah abu Cancel reply