Inisiatif didalam mencari pekerjaan merupakan sebahagian daripada kreativiti dan kekuatan diri. Demi memastikan matlamat tercapai,pemohon haruslah menyedari apakah sebenarnya yang dicari hampir kebanyakan majikan. Ia mungkin terletak kepada penampilan anda,kelayakan dan juga keazaman. Contoh resume ini yang ditempa khas didalam perisian photoshop cs3 mungkin berguna bagi anda yang mungkin memerlukan walaupun perekanya masih ditakuk newbie lagi didalam adobe photoshop. Contoh ini mungkin juga berguna bagi meraka mengambil jurusan perakaunan,tetapi masih boleh diubah kepada genre posisi pekerjaan tertentu mengikut pilihan anda. Namun,penting disini saya ingatkan bahawa penyusunan layer agak bertarabur dan mungkin menjurus anda ke lembah kekeliruan. Harap maaf.
Muat Turun : Biru Kelapa Contoh Resume

Leave a Reply to zik Cancel reply