Contoh Resume untuk anda. Kriteria menulis resume lengkap biasanya dikuti dengan penulisan yang kreatif ,ia biasanya mempunyai format tertentu yang dkhaskan untuk resume. Resume bahasa melayu diantara resume yang memerlukan penekanan yang serius. Manakala resume bahasa inggeris juga penting untuk menunjukkan kemampuan anda yang tidak terbatas hanya kepada resume bahasa melayu.

Jadi,bagaimanakah anda membuat resume berbahasa melayu – ia tidak serumit seperti yang disangkakan kerana anda sudah pun menguasai keseluruhan penguasaan bahasa melayu,selebihnya adalah komponen yang membentuk resume itu sendiri. Walaubagaimanapun – bergantung juga kepada siapa yang anda tujukan resume itu.
Sesetengah majikan tidak mensyaratkan resume lengkap – cukup sekadar maklumat asas dan pengalaman kerja,manakala tidak bagi sesetengah syarikat besar . Meraka inginkan anda melengkapkan resume dengan hasil maklumat lengkap yang siap dengan bukti yang disahihkan seperti rujukan yang boleh dihubungi sewaktu kecemesan atau pensyarah yang boleh membuktikan personaliti anda.
Rata-rata calon temuduga akan mengatakan resume yang baik akan membantu meraka sebanyak 5% sewaktu sesi temuduga dijalankan selebihnya bergantung bagaimana anda menampilkan personaliti dan pembawaan anda. Biasanya apabila kita menghadiri sesi temuduga,ia adalah penting untuk tidak terlupa terhadap komponen-komponen ini. Kad-pengenalan,sijil yang disahkan,resume bergambar yang lengkap.
Leave a Reply