Tanpa resume ,anda sukar mendapatkan perkerjaan yang diinginkan.Sesebuah resume yang kreatif dan menarik memberikan bayangan terhadap majikan tentang pengalaman dahulu pemohon iaitu,kemahiran,pengalaman bekerja ,pencapaian dan matlamat masa hadapan.Persiapan resume yang kurang kemas dan diberikan pula kepada majikan hanya satu pembuangan masa .Sebaiknya ,pemohon harus melihat beberapa faktor sebelum menyediakan resume .
Ringkaskan Resume
Jangan melebihi dua muka surat untuk resume anda.Masa yang singkat bagi majikan untuk meneliti butiran resume anda .Umumnya ,majikan hanya akan melihat frasa yang penting berkait jawatan yang ditawarkan,jadi pastikan anda meletakkan kata kunci yang mudah difahami dan berkait dengan jawatan tersebut.
Gunakan Kata Kunci
Pastikan anda meletakkan kata kunci yang bersesuaian supaya resume anda lebih mudah dibaca .Selain itu,tak ramai penemuduga yang mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang jawatan tersebut,info yang meraka ada hanya sedikit keterangan dan maklumat tugas jawatan tersebut.Umumnya meraka akan mencari kata kunci yang paling berkait dengan jawatan itu.
Kata Kunci Tindakan
Permulaan frasa harus dimulakan kata kunci tindakan seperti ,kepimpinan ,teratur,menguruskan ,menyelenggarakan.
Khususkan Resume
Apabila menyatakan pencapaian anda,pastikan mengkhususkannya.Daripada mengatakan apa yang anda boleh buat kepada majikan,adalah lebih berkesan jika anda mengkhususkan kata-kata yang lebih menarik.Daripada menyatakan” berjaya meraih jualan setiap bulan”nyatakan berjaya meningkatkan keuntungan jualan 50% lebih dua tahun.
Kritikan Membina
Pemohon juga boleh bertanya dan meminta sahabat handai atau seseorang yang berpengalaman untuk menilai resume anda.Penilai resume yang berpengalaman juga mampu mengesan kesalahan tatabahasa dan susunan ayat,dan boleh mengarisi kekuatan aspek yang diperlukan dalam resume anda itu.Anda juga boleh mendapatkan bantuan penulis resume yang berpengalaman bagi mencapai resume yang mencapai objektif anda .
Leave a Reply to Razlan Cancel reply