Contoh Surat Permohonan Kerja

Contoh Surat Permohonan Kerja untuk memohon perkerjaan didalam sektor swasta dan kerajaan.  Pemohon pekerjaan memerlukan semangat yang kental berikutan persaingan yang tinggi pada masa kini walaupun memiliki ijazah tertinggi. Sungguhpun mencapai keputusan terbaik didalan jurusan ia belum pasti menjamin jawatan yang anda inginkan tanpa sebarang usaha. Perkerjaan tidak mungkin mencari anda tetapi sebaliknya sebagai individu yang berpengetahuan anda haruslah mempelbagaikan ikhtiar untuk mendapatkan perkerjaan yang diingini.

Contoh Surat Permohonan Kerja berikut boleh membantu anda sebagai panduan untuk menulis surat permohonan  berdasarkan perkerjaan yang diingini.

contoh surat permohonan kerja

Muat turun :Contoh Surat 

CONTOH PERMOHONAN KERJA SEBAGAI OPERTOR MESIN

Rafiq Bin Hazri

Tingkat 4 ,no-34,Kg tenuk bahang

045700 Negeri Sembilan.

——————————————————————————————————————

Tuan Pengurus,

Kilang Eastweed Sdn Bhd

Perusahaan 2,lorong kinchan

Seberang  Prai Utara,Penang.                                                                              25 Oktober 2011

Tuan,

PER:PERMOHONAN KERJA SEBAGAI OPERTOR MESIN

Merujuk perkara di atas,

Saya Rafiq Bin Hazri  berminat untuk memohon jawatan sebagai operator mesin disyarikat tuan/puan .

2.Untuk makluman ,saya  adalah lepasan sijil institut kemahiran mara (ikm) yang mengikuti jurusan juruteknik komputer. Pengajian saya tamat pada  jun 2011 yang lepas.

3.Kini,saya bertugas sebagai juruteknik komputer sambilan di ibu negeri sembilan selama 2 tahun sehingga kini. Sebab saya membuat permohonan kerja ini adalah disebabkan ingin mencuba persekitaran kerja yang baru dan pengalaman kerja saya mungkin menjadi aset syarikat kelak sekiranya saya diambil berkerja disyarikat tuan/puan.

Saya amat berharap permohonan kerja ini akan tuan/puan pertimbangkan kerana saya ingin berkerja dan memberi sepenuh perhatian disamping meningkatkan margin keuntungan syarikat .

Sekian,terima kasih.

     Yang Benar
   —————
(Rafiq Bin Hazri)

Comments

12 responses to “Contoh Surat Permohonan Kerja”

  1. che sakri che dir Avatar
    che sakri che dir

    mohon share

  2. Terima kasih, banyak membantu 🙂

  3. mohon share ya ! ^^

  4. umar dani Avatar
    umar dani

    terima kasih sangat membantu sekali

  5. terima kasih sangat,awak banyak membantu saya..

  6. azman shahliza ahmad Avatar
    azman shahliza ahmad

    bagaimana untuk menyediakan surat tawaran kerja daripada majikan kepada pekerja.

  7. kamal JO Avatar
    kamal JO

    boleh hantar contoh surat permohonan kerja eksukif

  8. boleh beri lebih banyak contoh surat permohonan kerja yang seperti sektor swasta yg lain. Please 🙂

  9. aminul bakhtiar Avatar
    aminul bakhtiar

    Camne nak download ne surat permohonsn kerja ini. Mohon tunjuk ajar

    1. akan update dengan link yang free nanti. Terima kasih krn berkunjung

  10. cik puan akhlakeen Avatar
    cik puan akhlakeen

    terima kasih..atas tunjuk ajar dan contoh surat nya…byk membantu..
    syabas.. ^_^

  11. sasmithaa Avatar
    sasmithaa

    bagaimana membuat surat resun sebagai operter dan teknikal

Leave a Reply to cik puan akhlakeen Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.