post

Tips temuduga kerani

Kekuatan dan keutuhan sistem pengoperasian sesebuah syarikat sebenarnya bergantung daripada sektor perkeranian. Majikan mencari calon yang berkelayakan dan mampu menangani pelbagai tugasan pejabat secara tepat dibawah pengurusan masa yang minima. Resume yang menarik merupakan salah satu faktor kejayaan meraih perkerjaan yang diingini,namun bagaaimanakah anda berdepan  dengan situasi temuduga yang akan membantu  anda mendapatkan perkerjaan. Tips berikut pasti membantu anda :

Tips temuduga kerani

  • Perkerjaan perkeranian bermula dengan disuatu ruangan didalam pejabat atau bilik dimana semua urusan surat-menyurat dihasilkan sehingga ke bahagian pembantu pengurusan. Anda mesti mencari maklumat berkenaan jawatan ini berdasarkan  pemahaman tugas dan tanggungjawab yang berkait dengan tugas perkeranian,hubungi rakan-rakan yang memegang jawatan tersebut dan menanyakan tentang perihal tugas seorang kerani. Jika anda ingin membuat kajian tentang sesebuah syarikat,beranikan diri menghubungi pihak meraka tentang jawatan tersebut .
  • Sebagai persediaan menghadapi  temuduga kerani,selain daripada mempunyai pengetahuan yang meluas tentang definisi tugas seorang kerani. Latihan preview boleh membantu anda membaiki kelemahan sewaktu temuduga. Gunakan rakaman video dan meminta salah seorang atau ahli keluarga untuk menilai kualiti video  tersebut,dimana anda boleh mengulangi proses ini bagi mendapatkan maklum balas yang diigini.
  • Salah satu syarat  untuk jawatan kerani adalah kemahiran menaip dengan pantas dan tepat. Setiap calon akan mengalami ujian menaip bagi mengukur tahap kepantasan dan ketepatan didalam waktu yang ditetapkan. Anda boleh memahirkan kemahiran menaip anda jika selalu membuat latihan menaip.
  • Kecekapan penggunaan komputer adalah satu kemestian bagi jawatan kerani,ujian akan dijalankan bagi mengenal pasti calon yang mempunyai kemahiran didalam penggunaan komputer dan  cekap menerima tugasan aplikasi komputer cthnya’menulis laporan minit mesyuarat’ .
  • Berikan tanggapan yang baik melalui pemakaian,jika anda memakai pakaian yang menjolok mata atau pakaian yang sesuai untuk hiburan,anda hanya membazirkan masa anda. Seorang kerani merupakan perwakilan dari sesebuah syarikat dan melambangkan moto syarikat. Penampilan akan mempengaruhi segala tingkah laku setiap individu.
  • Setiap temuduga yang baik haruslah dimulakan dengan hubungan mata yang terkawal dan hendaklah bagi memberi salam sekurang-kurangnya bagi calon lelaki dengan penemuduga lelaki,kawal pernafasan anda dan tunggu arahan dan jangan menyampuk ketika penemuduga menanyakan soalan. Jawab dengan yakin dan tepat,tunjukkan reaksi minat sewaku perbualan dan jika kesempatan tanyakan soalan dengan memanggil nama penemuduga dengan sopan.
Temuduga adalah situasi genting,tetapi anda harus mengawal keadaan dan gunakan peluang ini bertanyakan soalan seperti “pertanyaan sebab gagal temuduga dan sebagainya” elakkan bertanya isu gaji mahupun bonus.
post

3 tips menjadikan resume anda unik

Sesebuah resume merangkumi 1 -2 halaman memberikan sekilas maklumat tentang matlamat perkerjaan, pengalaman kerja dan sedikit info berkenaan tentang sejarah pendidikan anda .

Jika anda mahu resume anda  lebih menonjol daripada pemohon yang lain , anda seharusya meneliti maklumat yang berada didalam resume anda secara lebih teliti dan kerap . Terdapat 3 tips untuk menjadikan resume anda unik iaitu:

Beri perhatian terhadap matlamat perkerjaan 

  • Matlamat perkerjaan merupakan kunci utama di dalam resume sebagai permulaan noktah pembacaan, anda mahukan penemuduga memahami apa yang anda inginkan  dan bukanlah sekadar mengulang semula apa yang selalu dibuat orang lain .
  • Nyatakan komitmen yang boleh anda berikan untuk perkerjaan tersebut dan seharusnya ia secara ikhlas supaya penemuduga boleh menerimanya atau sebaliknya bahawa anda cuma ikut mood sendiri apabila sudah bosan dengan sesuatu perkerjaan anda sedang buat.
  • Walaupun setelah anda nyatakan apa yang anda boleh berikan ,ini tidak bermakna penemuduga akan menerima bulat-bulat pernyataan anda itu . Hanya sampaikan apa yang anda mahukan dan apa yang anda sanggup buat demi mencapai objektif tersebut.
Gariskan kekuatan yang ada didalam pengalaman kerja 
  • Ini adalah antara aspek yang kurang diberi perhatian semasa menulis resume ,bahagian pengalaman kerja professional penting bagi sesebuah resume dan point yang diberi untuk bahagian ini adalah tinggi , jadi ambil kesempatan ini dan gunakan perkataan yang terbaik  untuk menyenaraikan tanggungjawab anda serta pastikan setiap susunan ayat  dengan baik.
  • Letakkan penekanan yang tinggi untuk menggambarkan tanggungjawab anda terhadap jawatan yang sesuai dengan anda dan anda merupakan calon yang terbaik.
  • Nyatakan kebolehan tanggungjawab anda untuk menggalas jawatan tersebut dan terangkan secara ringkas kebolehan anda didorong oleh keputusan yang boleh diukur .
  • Jangan malu untuk mempromosikan kelayakan anda untuk berkerja dengan meraka.
Kepentingan surat iringan
  • Kesilapan yang kurang diberi perhatian khusus untuk surat iringan. Surat iringan anda seharusnya diteliti dengan baik seperti resume anda juga, surat iringan juga akan dibaca oleh penemuduga . Pastikan alamat dan maklumat dihantar ke alamat majikan yang betul.
Dengan itu,anda juga seharusnya jangan lupa jawatan apa yang hendak dipohon dan berikan gambaran bagaimana susunan resume anda mampu berkomunikasi dengan baik seiringan dengan syarat jawatan tersebut. Akhir sekali pastikan resume anda serta surat iringan mempunyai format semasa .
post

5 langkah menghadapi temuduga

Menghadapi temuduga sewaktu dunia sedang mengalami kegoyahan ekonomi dan persaingan yang tinggi mungkin akan menyebabkan anda hilang kawalan diri , walaupun anda mempunyai etika yang tinggi seperti bersalaman dengan penemuduga serta eye contact (hubungan mata) dan kawalan ton suara mungkin tidak mencukupi  lagi kini . Anda perlu menyiapkan diri dengan penyiapan surat permohonan yang telus  dan resume yang menyakinkan . Selain itu, anda juga harus menjalankan kajian ke atas agensi tersebut dan mempamerkan gambaran keyakinan diri yang tinggi dan boleh menjawab persoalan penemuduga secara tepat dan cepat.

Walaupun tiada sesiapa pun boleh meneka jenis soalan yang bakal menyusul , anda boleh membuat perumpamaan soalan tersebut menggunakan tips ini:

Perkenalkan diri  anda 

  • Anda harus mulakan dengan maklumat yang terperinci bermula dengan nama penuh ,kelayakan, sijil , pengalaman kerja ,sebab mencari kerja , pengenalan ini harus diakhiri dengan masa kurang dari 5 minit .
Sebab berhenti kerja 
  • Untuk menggunakan kemahiran yang ada pada saya dan berkerja di dalam persekitaran yang berdaya saing .
Beri sebab kenapa kami perlu ambil anda berkerja dengan kami 
  • Kelayakan saya mencukupi syarat dan pengalaman kerja akan menjadi aset syarikat kelak
Pernahkah anda menghadapi kesukaran  dengan rakan sekerja atau pihak atasan 
  • Ya,bagi yang suka membebankan rakan sekerja lain  bagi menyelesaikan kerjanya dan meletakkan kesalahan pada orang lain.
Bagaimana anda menguruskan tekanan ditempat kerja 
  • Pengalaman kerja yang lama membantu saya menyerap tekanan kerja
Membuat persedian  menghadapi temuduga merupakan salah satu tangga membina kerjaya yang dinamik selaras minda yang sentiasa bersedia menghadapi cabaran hidup. Menghadapi temuduga yang kerap juga membantu anda   membina keyakinan diri dan persedian terhadap temuduga di masa hadapan. Contoh Surat Rasmi