3 tips menjadikan resume anda unik

Sesebuah resume merangkumi 1 -2 halaman memberikan sekilas maklumat tentang matlamat perkerjaan, pengalaman kerja dan sedikit info berkenaan tentang sejarah pendidikan anda .

Jika anda mahu resume anda  lebih menonjol daripada pemohon yang lain , anda seharusya meneliti maklumat yang berada didalam resume anda secara lebih teliti dan kerap . Terdapat 3 tips untuk menjadikan resume anda unik iaitu:

Beri perhatian terhadap matlamat perkerjaan 

  • Matlamat perkerjaan merupakan kunci utama di dalam resume sebagai permulaan noktah pembacaan, anda mahukan penemuduga memahami apa yang anda inginkan  dan bukanlah sekadar mengulang semula apa yang selalu dibuat orang lain .
  • Nyatakan komitmen yang boleh anda berikan untuk perkerjaan tersebut dan seharusnya ia secara ikhlas supaya penemuduga boleh menerimanya atau sebaliknya bahawa anda cuma ikut mood sendiri apabila sudah bosan dengan sesuatu perkerjaan anda sedang buat.
  • Walaupun setelah anda nyatakan apa yang anda boleh berikan ,ini tidak bermakna penemuduga akan menerima bulat-bulat pernyataan anda itu . Hanya sampaikan apa yang anda mahukan dan apa yang anda sanggup buat demi mencapai objektif tersebut.
Gariskan kekuatan yang ada didalam pengalaman kerja 
  • Ini adalah antara aspek yang kurang diberi perhatian semasa menulis resume ,bahagian pengalaman kerja professional penting bagi sesebuah resume dan point yang diberi untuk bahagian ini adalah tinggi , jadi ambil kesempatan ini dan gunakan perkataan yang terbaik  untuk menyenaraikan tanggungjawab anda serta pastikan setiap susunan ayat  dengan baik.
  • Letakkan penekanan yang tinggi untuk menggambarkan tanggungjawab anda terhadap jawatan yang sesuai dengan anda dan anda merupakan calon yang terbaik.
  • Nyatakan kebolehan tanggungjawab anda untuk menggalas jawatan tersebut dan terangkan secara ringkas kebolehan anda didorong oleh keputusan yang boleh diukur .
  • Jangan malu untuk mempromosikan kelayakan anda untuk berkerja dengan meraka.
Kepentingan surat iringan
  • Kesilapan yang kurang diberi perhatian khusus untuk surat iringan. Surat iringan anda seharusnya diteliti dengan baik seperti resume anda juga, surat iringan juga akan dibaca oleh penemuduga . Pastikan alamat dan maklumat dihantar ke alamat majikan yang betul.
Dengan itu,anda juga seharusnya jangan lupa jawatan apa yang hendak dipohon dan berikan gambaran bagaimana susunan resume anda mampu berkomunikasi dengan baik seiringan dengan syarat jawatan tersebut. Akhir sekali pastikan resume anda serta surat iringan mempunyai format semasa .