Tips Resume 2014 – Gaya Memikat Kerja

Resume anda mempunyai kurang daripada 10 saat  untuk menangkap perhatian para majikan,manakala kesilapan yang kecil seperti kesalahan tatabahasa boleh menyebabkan anda terkeluar dari ruang perhatian majikan untuk tapisan yang seterusnya. Adalah penting untuk membetulkan setiap kesilapan dan juga  memastikan resume anda mempunyai format yang terkini ,menarik dan sesuai.

Tips Resume 2014

  • Anda harus jelas bahawa perhatian terhadap isi kandungan resume yang mantap adalah kelebihan bagi anda. Letak nama anda dengan jelas,alamat,nombor telefon dan juga email. Setiap resume juga harus disesuaikan dengan sasaran portfolio anda. Selain itu,kategorikan resume anda mengikut jenis format yang betul. Setiap elemen ini akan membantu anda menghasilkan resume yang cemerlang dan menonjolkan penampilan dan ketaksuban anda demi mengejar kerjaya yang diminati.

Tips Temuduga 2014

  1. Antara kesilapan terbesar ketika menghadiri temuduga adalah dengan tidak mengambil peduli isu-isu yang berkaitan dengan syarikat dan agensi anda ditemuduga. Manakala para penemuduga mengharapkan kesediaan anda untuk mengetahui serba sedikit tentang operasi syarikat,sejarah,dan juga  perihal yang lain.
  2. Objektif utama membuat temuduga adalah untuk menentukan sama ada pemohon memiliki ciri-ciri kriteria yang dikehendaki oleh majikan dan boleh menjadi sebahagian pasukan kerja yang dinamik dan proaktif.
  3. Majikan umumnya mencari meraka yang tidak hanya menjual dirinya tetapi bijak mengambil peluang dan mencari inisiatif.
  4. Mulakan dengan membuat carian yang terperinci tentang syarikat/agensi melalui laman web utama meraka selama 3 – 5 hari.
  5. Lihat setiap profil majikan dan peranan meraka.
  6. Lihat jika meraka ada aktiviti yang meraka jalankan pada waktu kebiasaannya.
  7. Lihat semula 5 blogpost yang terawal meraka keluarkan .(markah tambahan 10 m)