Tips skor A dalam setiap mata pelajaran

Didalam misi mendapatkan gred terbaik untuk semua mata pelajaran,ujian biasa atau peperiksaan sebenar bukanlah situasi yang digemari pelajar. Setiap insan yang bergelar pelajar akan menghadapi peperiksaan untuk menentukan sejauh mana tahap pencapaian setiap pelajar. Tips berikut pasti membantu pelajar menghadapi sesi peperiksaan dengan tenang dan memudahkan pelajar memperolehi keputusan yang Cemerlang.

Petua Lulus Cemerlang Peperiksaaan

  • Makanlah secara sihat,elakkan memakan makanan ringgan yang mengandungi Sodium Glutamate ,minuman beralkohol,berais,berkarbonat dan elakkan makan kepala ikan,najis ikan,hati ayam,makanan jeruk dan sebagainya. Setiap makanan ini boleh menjejaskan ingatan serta mengurangkan daya tumpuan yang kuat.
  • Mulakan ulangkaji pelajaran diawal Pengajian. Lagi cepat anda mulakan lagi baik keputusan peperiksaan anda. Jika anda memperuntukkan masa untuk mengulangkaji,anda tidak akan terlalu penat dan mudah memahami subjek pelajaran sekiranya guru anda memberi latih tubi.
  • Hadirkan diri untuk latihan percubaan. Kebiasaannya para guru akan membuat kelas percubaan tentang soalan peperiksaan tahun yang sebelumnya untuk dianalisa bersama. Gunakan kesempatan ini untuk menguatkan kembali ingatan anda dan memperkukuhkan pengetahuan anda tentang,kesalahan,ejaan,faktor,punca yang berkaitan.
  • Sentiasa fokus untuk menjawab soalan kuiz yang dijalankan didalam kelas.
  • Catatkan kata kunci yang berkaitan dengan simbol atau perkataan yang mudah diingati untuk panduan semasa peperiksaan dijalankan. Jangan sesekali menipu.
  • Tidur yang cukup  adalah satu persediaan. Pelajar memerlukan tidur yang mencukupi sekurang-kurangnya 7-8 jam sehari.
  • Kurangkan menonton televisyen atau media elektronik yang berunsurkan drama,ngeri,lucah yang tak berfaedah. Hiasi jiwa dengan amalan yang baik seperti membantu keluarga,membersihkan rumah,bersenam.