Tips mencari kerja dan berjaya dalam temuduga

Adakah anda graduan baru dan merancang untuk mencari kerja? Adakah anda baru sahaja berhenti kerja dan mencari ruang kerja baru yang interaktif? Adakah anda menganggur dan mempunyai sedikit pengalaman mengenai cara-cara untuk mendapatkan pekerjaan? Apapun situasi anda,tips berikut pasti membantu anda memperoleh sedikit info dalam kerjaya anda :

Periksa resume anda dari sebarang  kesilapan 

Sebelum menghantar resume anda kepada bakal majikan,semak resume anda untuk membuat  pembetulan sekurang-kurangnya tiga kali sebelum penyerahan resume. Selepas menyelidik tentang info jawatan tersebut,ia adalah penting untuk mengetahuai  format resume yang betul untuk memenuhi syarat jawatan tersebut. Sebagai contoh, jika anda memohon kerja perakaunan,anda perlu meletakkan secara terperinci pengalaman perakaunan anda pada resume anda. Kesilapan menaip dan tatabahasa tidaklah digalakkan.  Resume yang baik seharusnya tidak boleh melebihi 2 muka surat dan tidak terlalu panjang kandungan resume.

Menerima cabaran temu duga 

Satu tinjauan yang dijalankan oleh  kakitangan dan firma perunding yang berpangkalan di selangor menanggarkan 1400 pegawai eksekutif kewangan menyimpulkan bahawa kegagalan permohonan kerja adalah disebabkan hasil temuduga meraka. Beberapa kesilapan yang dibuat termasuk  tiba lewat, mempunyai pengetahuan yang sedikit mengenai syarikat dan kedudukan yang dipohon, dan mempunyai sikap sambil lewa dan angkuh. Bahasa badan pemohon juga perlu menunjukkan bahawa anda yakin tetapi tidak melampaui batas sehingga mendatangkan ketidakselesaan penemuduga. Pemohon  mesti mengekalkan hubungan mata,harus berjabat tangan dengan kemas,dan elakkan menyilang tangan menunjukkan kehebatan anda. Memakai pakaian yang sesuai adalah amat penting untuk menonjolkan pendirian teguh dan berkeyakinan .

Tips menjawab soalan temuduga 

Satu kesilapan yang kerap dialami pemohon baru adalah tekanan dan lupa untuk menjawab persoalan yang diberikan,ini menunjukkan bahawa mereka tidak membuat persiapan  untuk menghadapi temuduga. Adalah penting untuk membuat penyelidikan mengenai syarikat dan kedudukan yang dipohon untuk mencegah kesan sampingan  semasa temu duga. Jika anda tidak tahu jawapan kepada soalan-soalan yang diminta, ia adalah lebih baik untuk mengaku sahaja bahawa anda tidak tahu jawapan kepada soalan dan nyatakan  bahawa anda boleh  membuat penyelidikan mengenainya.

Permohonan secara online

Dengan trend teknologi semasa dan penggabungan  dengan proses perniagaan,semakin banyak syarikat kini memerlukan bakal pemohon mengemukakan permohonan mereka secara online. Oleh itu, tanggapan pertama anda tidak diukur melalui penampilan tetapi melalui   kualiti kandungan e-mel anda. E-mel mengenai permohonan kerja perlu digilap dan ditingkatkan mutu dan kualiti. Apabila memohon secara on-line, gunakan tips berikut:

Lengkapkan Susun atur ayat-ayat anda dan elakkan gunakan singkatan yang mudah 

Majikan tidak menyukai jika anda menghantar permohonan menggunakan singkatan ayat yang terlalu mudah. Ia adalah penting untuk membuat format resume yang betul dan  ditulis dengan baik. Ini memberikan gambaran yang baik tentang keupayaan dan kemahiran anda.

Mempertimbangkan isu-isu yang mungkin menghalang anda daripada mendapat kerja 

Walaupun terdapat keadaan di mana terdapat banyak keperluan untuk pekerjaan tetapi syarat untuk jawatan itu mungkin memerlukan program latihan yang boleh menghalang anda daripada mendapat peluang kerana persaingan semula jadi yang tinggi. Sesetengah syarat jawatan memerlukan pengalaman kerja yang bertahun.

Mendapatkan pekerjaan yang anda mahu boleh menjadi satu cabaran tetapi jangan sesekali berputus harap. Adalah lebih baik untuk menunggu seketika dan mendapatkan pekerjaan yang anda akan menikmati dan bukannya mendapatkan pekerjaan secepat mungkin tetapi berakhir dengan hati yang rungsing. Buatlah keputusan yang betul dan rebutlah peluang yang ada.