Bermula pada minggu pertama bulan september 2014 ini akan diadakan exam penguasa kastam w41. Maka ramailah calon mula mencari contoh soalan exam penguasa kastam w41 .
Daripada carian yang tinggi mengenai exam yang akan berlangsung beberapa hari ini – pihak kami terpanggil untuk berkongsikan beberapa maklumat penguasa kastam secara ringkas buat rujukan calon yang terpilih.
Daftar Waiting List Dibawah Dan Jadi Pembeli Yang Pertama Bila Jualan Dibuka
============================================================== Rujukan Peperiksaan Penguasa Kastam W41 =============================================================
Apakah Tugas Seorang Penguasa Kastam W41
Tugas seorang penguasa kastam w41 terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu:
- Memperjeniskan barang-barang mengikut tarif-tarif, membuat taksiran harga bagi pungutan duti kastam/cukai jualan, memproses serta meluluskan permohonan pengimportan/pengeksportan barang-barang berduti tertakluk kepada larangan-larangan import/eksport di pintu-pintu masuk/keluar negara, Zon-zon Bebas Cukai dan Gudang-gudang Berlesen.
- Memproses permohonan lesen gudang-gudang eksais, gudang-gudang berlesen, gudang-gudang pengilangan berlesen.
- Mengaudit akaun syarikat-syarikat yang dilesenkan di bawah akta-akta Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan untuk pungutan cukai jualan/perkhidmatan.
- Memproses permohonan mendapatkan pengecualian cukai jualan, memeriksa stok dan penggunaan barang-barang berduti syarikat-syarikat yang mendapatkan pengecualian duti kastam, memproses permohonan remisi cukai, menyelia tugas pemeriksaan penumpang dan menjalankan siasatan ke atas syarikat/individu yang melakukan penyelewengan/penyeludupan dan bertindak sebagai Pegawai Pendakwa bagi kes-kes kastam di Mahkamah dan menjalankan lain-lain tugas penguat kuasaan.
Apakah Syarat Kelayakan Untuk Memohon Jawatan Penguasa Kastam W41
Dinyatakan dibawah adalah senarai syarat kelayakan permohonan jawatan sebagai penguasa kastam w41.
- Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
- [ Gaji Permulaan : RM1,925.00 ] atau
- Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
- [ Gaji Permulaan : RM2,131.73 ] atau
- Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
- [ Gaji Permulaan : RM2,235.51 ] atau
- Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
- [ Gaji Permulaan : RM2,650.63 ] atau
- Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan;
- [ Gaji Permulaan : RM2,650.63 ] atau
- Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan;
- [ Gaji Permulaan : RM2,754.41 ] atau
- Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia;
- [ Gaji Permulaan : RM2,858.19 ] dan
- lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Secara umumnya,cabaran terbesar calon untuk menjadi penguasa kastam w41 adalah :
1. Memiliki kelulusan ijazah.
2. Lulus Peperiksaan Online . ( Contoh Soalan | Soalan Semasa | Soalan Psikometrik)
> Rujukan Exam Penguasa Kastam W41
3.Lulus Temuduga .
Berikut Contoh Soalan Exam Penguasa Kastam W41
Ujian Ini Mengandungi 3 Seksyen Utama Iaitu
- Seksyen A – Pengetahuan Am
- Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
- Seksyen C – Psikometrik