Kaedah terbaik penulisan resume yang efektif

Menulis resume yang terbukti mampu menarik perhatian adalah satu tugas yang agak berat. Kunci kejayaan penulisan resume yang terbaik dan efektif adalah dengan menjadi penulis yang kreatif dan inovatif. Sebagai seorang pelajar,kaedah penulisan resume yang terbaik dapat diadaptasi melalui kaedah pembelajaran pelajar itu sendiri ,selain daripada menghasilkan resume yang inovatif ,pelajar harus mengutamakan format resume .

Peningkatan kreativiti melalui aktiviti berkumpulan

 Salah satu tips peningkatan kreativiti diri dalam menghasilkan resume yang inovatif adalah melalui study group (aktiviti berkumpulan). Pelajar akan menghasilkan resume berasaskan maklumat pada latar diri meraka dan seterusnya akan bertukar-tukar resume sesama sendiri dan mengenal pasti kelemahan dan kekuatan yang ada. Kebaikannya dapat membantu rakan yang lain memperbaiki kelemahan meraka .

 Kritikan membina

 Sebagai pelajar,kritikan membina adalah satu strategi yang baik bagi meningkatkan mutu kreativiti seseorang,dapatkan pendapat daripada rakan sekelas tentang keburukan reka bentuk resume,tanggapan sebaik meraka membaca resume anda dan menanyakan apa tindakan yang akan meraka buat sekiranya meraka yang mengarang resume,dengan itu anda bukan hanya boleh membina kembali kredibiliti bakat menulis ,disamping melihat resume anda melalui perspektif yang berbeza.

 Letakkan diri anda sebagai penemuduga

Kelebihan yang ada pada penemuduga yang berpengalaman adalah kepantasannya menilai kredibiliti yang ada pada sesebuah resume. Gunakan kesempatan ini untuk bertanyakan soalan cepumas yang boleh membuatkan calon temuduga gagal dari segi penulisan resume,hubungi meraka melalui emel,laman sosial sekiranya penemuduga ini aktif bersosial di laman seperti facebook atau yahoo. Ucapkan terima kasih bagi menunjukkan penghargaan anda