Contoh Resume Pegawai Penerangan

Setiap kali mendapat temuduga kerja khasnya kerajaan,anda pastinya tercari-cari Contoh Resume yang boleh anda jadikan rujukan atau salinan untuk anda sesuaikan dengan biodata diri anda . Selain daripada ingin menampakkan kelainan anda juga inginkan resume anda dilihat sebagai medium yang boleh bercakap bagi anda umumnya.

Definisi tugas seorang pegawai penerangan adalah seperti berikut:

Bertanggungjawab menguruskan sidang akhbar, draf kenyataan akhbar, nota-nota taklimat dan maklumat, pengurusan penerbitan, pameran, laporan tahunan dan bertindak sebagai Pegawai Perhubungan Awam di Kementerian/Jabatan. Bagi Kementerian Kesihatan, tugas-tugasnya ialah bertanggungjawab merancang, melaksana, menyelaras dan menilai program-program pendidikan kesihatan dan menilai penggunaan media dan alat pandang dengar serta bertanggungjawab sepenuhnya ke atas penyelenggaraan bahagian ‘non-print’ Pusat Pendidikan Kesihatan dan Komunikasi termasuk unit bergerak.

Syarat Lantikan :

Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM1,909.00 ] atau
Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dengan kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,112.86 ] atau
Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan dengan kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
[ Gaji Permulaan : RM2,112.86 ] atau
Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
[ Gaji Permulaan : RM2,112.86 ] dan
lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

……[+]……RESUME LENGKAP PEGAWAI PENERANGAN

Sekiranya anda mencari contoh resume bagi jawatan ini,anda boleh rujuk  post ini . Rujuk kemahiran ini untuk diselitkan bersama resume anda. Kemahiran yang diperlukan sebagai seorang pegawai penerangan:

  • Mempunyai daya komunikasi yang baik dan mampu menyampaikan maklumat dengan cekap.
  • Pendengar yang baik serta mempunyai tumpuan perhatian kepada maklumat yang disampaikan oleh pihak yang lain ,dan menjawab dengan penuh beretika tanpa menyampuk dengan tiba-tiba.
  • Mempuyai kemahiran kordinasi yang baik.
  • Bijak mengurus masa sendiri dan orang lain.
  • Daya analisis yang tinggi,menentukan bagaimana sistem ditetapkan dan perubahan ,operasi akan  menentukan kesan yang akan berlaku.

Buku Panduan Lulus Ujian Pegawai Penerangan S41