Menulis resume untuk lepasan jururawat bukan sesukar yang disangka. Samada anda baru sahaja bermula untuk berkerja atau pun sudah berkerja,terdapat beberapa panduan yang boleh anda ikuti. Sebagai lepasan jururawat,anda pasti ingin memastikan resume anda menunjukkan semua kelayakan,latihan dan pengalaman yang ada. Gunakan tips ini untuk memastikan resume lepasan anda ringkas,berkualiti dan mudah dibaca .
>>>> TRIK LULUS TEMUDUGA JURURAWAT GRED U41
Tips menulis resume lepasan jururawat
Mulakan dengan struktur asas maklumat anda dan diikuti dengan ruangan maklumat peribadi secara ringkas dan padat . Masukkan nama anda ,tajuk,alamat, dan no telefon .
Letakkan maklumat latar belakang pendidikan anda dan maklumat lesen diikuti dengan nama sekolah anda tamat pengajian bermula dari tarikh mula belajar dan akhir,tarikh tamat pengajian,sijil,diploma dan ijazah. Masukkan sekali pencapaian akademik ,biasiswa dan sebarang dana yang anda peroleh. Jika anda memperolehi pointer sekurang-kurangnya 3.0 pastikan anda nyatakan sekali didalam resume anda. Nyatakan semua maklumat lengkap lesen ,termasuk tarikh lesen anda diaktifkan .
Jelaskan pengalaman kerja anda. Bahagian in sangat penting kerana majikan mengaji calon yang mempunyai pengalaman dan sebaliknya . Jika anda telah berkerja atau sedang berkerja didalam bidang kejururawatan,nyatakan sekali bidang penkhususan anda,tempat/tarikh mula dan tamat putaran klinikal yang telah anda buat. Namun,jika anda masih berada didalam pengajian untuk mendapatkan ijazah siswazah,atau mempunyai pngalaman yang agak terhad,jadikan kursus atau putaran klinikal yang telah anda siapkan .
Senaraikan kemahiran anda dan keistimewaan yang ada pada anda. Gunakan struktur ayat yang berkualiti untuk mencerminkan kemahiran anda seperti pengurusan perubatan,gonology dan sebagainya supaya majikan mampu melihat kebolehan dan kemajuan yang tinggi didalam kemampuan dan kelayakan anda.
>>>> TRIK LULUS TEMUDUGA JURURAWAT GRED U41
Lengkapkan sekali objektif diri anda,tanggungjawab dan sumbangan. Diperingkat ini,anda harus bijak menyakinkan majikan kenapa harus mengaji anda selain dari calon yang lain,mulakan dengan objektif pencapaian yang mahu dikecapi atau matlamat kenyataan yang boleh dimulakan dengan contoh ayat seperti”memastikan pesakit diberi penjagaan terbaik oleh jururawat berkualiti tinggi” dan senaraikan sumbangan tertentu dan pencapaian yang dikecapi sewaktu berkhidmat perkerjaan yang lepas.