Anda cari Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41. Panggilan untuk peperiksaan Pegawai LHDN Gred 41 telah bermula pada beberapa hari yang lalu, carian mengenai exam Pegawai LHDN bertalu-talu masuk ke carian google serta browser lain. Jumlah calon yang terlibat didalam sesi peperiksaan online Pegawai LHDN bulan SEPTEMBER dianggarkan lebih ramai dari sesi peperiksaan online sebelum ini.
sebelum anda meneruskan bacaan sehingga akhir , semakan peperiksaan Pegawai LHDN boleh dibuat melalui Portal SPA .
Semakan Rujukan Pegawai Eksekutif LHDN
Format Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN :
SEKSYEN A :PENGETAHUAN AM : 40 MNIT
SEKSYEN B :DAYA MENYELESAIKAN MASALAH : 50 MINIT
SEKSYEN C :KEFAHAMAN BAHASA MELAYU & BAHASA INGGERIS : 20 MINIT
Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN
SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM
Masa : 40 MinitTujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan dengan pengurusan sumber manusia/ infrastruktur, pentadbiran dan pembangunan wilayah/ tanah/ daerah/ tempatan, pengurusan sumber ekonomi/ kewangan, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan dan pertahanan negara serta lain-lain perkembangan.
Contoh Soalan:
1. Berikut ialah Bidang-Bidang Keberhasilan Utama Negara yang diumumkan oleh
Perdana Menteri Malaysia, kecualiA menangani kos sara hidup.
B mengurangkan perbelanjaan mengurus kerajaan.
C memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman.
D meningkat taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah.
Jawapan: B
2. Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA) merupakan bantuan kepada kumpulan sasar yang terdiri daripada
I kanak-kanak.
II balu askar dan polis.
III orang kelainan upaya.
IV mangsa bencana alam.
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
Jawapan: A
SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH
Masa : 50 Minit
Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:
i) Kemahiran Menggunakan Logik
Dalam seksyen ini, calon dikehendaki menggunakan kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan.
Contoh Soalan:
1. Rajah yang diwakili oleh Z ialah
- Apakah nilai paling sesuai bagi X?
ii) Kemahiran Menginterpretasi Data
Calon akan diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakan pelbagai data dan perangkaan. Calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.
Contoh Soalan:
- Carta Bar berikut menunjukkan bilangan pelancong tempatan dan luar negara yang melawat ke Zoo Negara dari bulan Januari sehingga Mac.
Pada bulan April, bilangan pelancong luar negara telah menurun sebanyak 40% manakala bilangan pelancong tempatan adalah 1/3 berbanding bulan sebelumnya. Hitung jumlah perbezaan antara pelancong tempatan dan pelancong luar negara yang datang melawat ke Zoo Negara bagi bulan April.
A 20 orang
B 40 orang
C 60 orang
D 80 orang
Jawapan: B Teknik menjawab: Pelancong luar negara = 40/100 x 400 = 160 = 400 – 160 = 240 Pelancong tempatan = 1/3 x 600 = 200 Beza pelancong Bulan April = 240 – 200 = 40
- Rajah di bawah menunjukkan bilangan telefon bimbit yang dijual pada tahun
2010 dan 2011. Sebanyak 290 telefon bimbit telah dijual dari tahun 2010 hingga 2013 dengan nisbah pada tahun 2012:2013 adalah 3:4.
Bilangan telefon bimbit yang dijual dalam tahun 2012 ialah
A 30 B 60 C 80 D 140
Jawapan: B Teknik menjawab: Jumlah kamera digital yang dijual = 290 buah Jumlah kamera digital pada tahun 2010/2011 = 150 buah Jumlah kamera digital pada tahun 2012/2013 = 290 – 150 Oleh yg demikian, = 140 buah 3:4 = 140 buah 1 buah = 140/7 = 20 dan 3 buah = 3 x 20 = 60 buah
Oleh itu jualan telefon bimbit pada tahun 2012 ialah sebanyak 60 buah.
iii) Konsep Matematik
Konsep Matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri.
Walaupun ada antara calon yang memiliki kelayakan dalam bidang Matematik di peringkat diploma, ini tidak bermakna memberi kelebihan bagi mereka menjawab soalan berbanding calon daripada bidang lain kerana soalan-soalan yang dikemukakan adalah lebih kepada asas-asas matematik sukatan pelajaran Tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia).
Contoh Soalan:
- Petak A dan C berbentuk segi empat sama dan keluasan petak C adalah 1/4 daripada keluasan petak A.
- Setiap bulan, Daud membelanjakan 20% daripada gajinya bagi membayar bil utiliti berjumlah RM100. Sekiranya gaji beliau dinaikkan sebanyak 50%, berapakah jumlah yang perlu dibayar bagi bil utilitinya?
A RM100
B RM150
C RM200
D RM250
Jawapan: B
Apa yang anda lihat di perenggan diatas adalah contoh soalan peperiksaan pegawai eksekutif lhdn. Ianya bukan soalan bocor mahupun soalan sebenar . Contoh soalan diatas sudah cukup memberikan anda pembayang bagaimana rupa bentuk soalan biasanya ada pada soalan peperiksaan SPA khasnya.
Semakan Rujukan Pegawai Eksekutif LHDN
Pada pendapat saya, anda perlukan sumber bacaan yang lebih terperinci. Timinfokerjaya Sdn Bhd antara peneraju utama penghasilan jenama kerjaya terutama sekali untuk material rujukan peperiksaan SPA dan lain-lain lagi. Beroperasi sejak 2009 dan telah membantu calon peperiksaan menghadapi ratusan sesi exam samada bertulis atau secara online. Tim juga telah lama membantu memberi panduan terbaik dan rujukan kepada lebih 100 ribu calon peperiksaan SPA sejak 2009.
Ini antara maklum balas Produk Rujukan
Rujukan yang dihasilkan adalah usahasama pakar-pakar yang berpengalaman di dalam menyediakan modul-modul latihan kerjaya sama ada untuk peperiksaan ,temuduga dan yang berkaitan. Sudah tentu elemen yang dimasukkan didalam modul latihan sentiasa dikemaskini agar mengikuti perkembangan isu utama terkini.
Daftarlah segera untuk menikmati tawaran terhad kami untuk mendapatkan Pakej Rujukan Peperiksaan Pegawai Eksekutif Gred 41 yang kebiasaannya ,jualan dibuka terhad 3 – 4 hari sahaja. Semakan Rujukan Pegawai Eksekutif LHDN .