Penampilan yang baik sewaktu temuduga merupakan asas kejayaan yang berpanjangan. Memilih pakaian yang sesuai pada sesi temuduga memerlukan usaha yang lebih dan jitu. Jika anda menghadiri temuduga kerja yang khusus contohnya;pegawai khidmat pelanggan,anda haruslah berpakaian yang bersesuaian untuk individu lelaki dan wanita amnya.
Pilih pakaian yang sesuai untuk temuduga,bagi lelaki pakailah pakaian yang sesuai seperti berkolar,memakai thai,berlenggang panjang dan berseluar hitam atau kelabu serta kasut yang khusus untuk perkerjaan pejabat,bagi wanita’ pakaian yang sesuai adalah bercirikan,skirt berlabuh disesuaikan dengan kasut,baju kurung dan elakkan pakaian yang mendedahkan aurat.
Bagi calon lelaki,penggunaan warna pakaian yang bersesuaian adalah biru tua,muda dan kelabu. Elakkan warna yang terang seperti,merah dan hijau. Calon wanita juga boleh menggunakan warna yang sama tetapi tetapi elakkan warna yang bercampur-campur.
Pakaian hendaklah sentiasa kemas dan selesa untuk dipakai. Jangan memakai pakaian yang menjolok mata,ketat dan meniru fesyen artis. Gagal melakukan syarat ini akan menyebabkan anda mungkin disekat dari memasuki sesi temuduga dan mendapat rekod yang kurang baik untuk penjadualan temuduga kelak.
Umumnya,apabila menghadiri seminar atau kenduri,ramai diantara kita mengenakan pelbagai aksesori untuk dipadankan dengan tema temasya tersebut,namun adalah diingatkan bahawa situasi tersebut mungkin berbeza dengan sesi temuduga. Calon yang berkelayakan untuk menghadiri temuduga harus mengekalkan penggunaan yang sederhana contohnya;hendaklah berpada-pada ketika memakai wangian,gelang,cincin,inai,perhiasan tudung khususnya. Calon juga harus mengutamakan kebersihan diri dari segi kuku,rambut harus dipotong dengan baik atau diikat dengan kemas.