Serangan panik adalah perasaan takut bersangatan berlaku didalam satu tempoh masa pada sesetengah individu. Ia berlaku secara berulangan tanpa mengira masa mahupun diwaktu tidur. Bagi seseorang yang mengalami serangan panik, dia mungkin percaya bahawa dirinya sedang mengalami serangan jantung atau merasakan waktu kematiannya begitu dekat dengannya. Ciri-ciri tanda yang dialami oleh seseorang yang mengalami serangan panik ialah:
- Jantung berdegup kencang
- Lemah,pening atau pengsan
- Rasa kebas ditangan atau jari
- Rasa takut bagai nak mati atau rasa akan mati
- Berpeluh dan sejuk
- Sakit dada
- Sukar bernafas
- Hilang kawalan diri
- Nafas yang tersekat-sekat(dyspnea)
- Muntah
- Rasa tercekik
Serangan panik biasanya berlaku selama 10 minit atau lebih. Bagi seseorang yang pernah mengalaminya,kemungkinan besar situasi tersebut untuk berulang lagi adalah tinggi berbanding dengan seseorang yang belum pernah mengalaminya. Apabila serangan panik berlaku berulang kali,seseorang itu akan dianggap menghidapi gangguan panik.
Serangan panik adalah siri episod yang menakutkan,sedih dan perasaan yang tidak selesa dan mungkin mengambil tempoh masa beberapa hari untuk pulih. Mengikut faktor,serangan panik yang berlaku adalah disebabkan sejumlah hormon yang dilepaskan diatas arahan otak yang mengesan bahaya atau gangguan didalam badan, hormon ini dikenali sebagai adrenalin.
Ramai orang yang mengalaminya serangan panik akan pergi mendapatkan rawatan kecemasan di hospital akibat kecelaruan serangan panik yang berlaku dan tersalah tafsir diantara serangan panik dan sakit jantung.
Serangan panik digambarkan sebagai ketakutan,hiba,berulang-ulang oleh kejutan yang berlaku dengan tiba-tiba. Meraka yang mengalaminya juga digambarkan sebagai pesakit psikologi dan gangguan ketakutan. Walaupun begitu,serangan panik yang dikenali dekat dengan penyakit psikologi sebenarnya bukanlah penyakit mental atau gangguan mental.