Cara Lulus Cemerlang Setiap Peperiksaan

Mendapat keputusan cemerlang adalah matlamat setiap individu yang mengimpikan kejayaan dan masa depan yang cerah. Bagaimana nak berjaya didalam peperiksaan samada di institusi pengajian tinggi,rendah dan juga awam,iltizam dan usaha adalah satu-satunya jalan untuk anda berjaya didalam mana-mana peperiksaan.

Apakah Faktor-faktor yang menyebabkan kegagalan didalam peperiksaan

  • Jika anda melihat kembali kepada faktor kegagalan anda mencapai keputusan yang baik,ia akan membantu anda mengenal pasti punca dan kaedah penyelesaiannya. Antara faktornya:
  • Malas ulang kaji contoh soalan dan fakta pelajaran
  • Tidak suka bertanya kepada senior yang lebih mengetahui bentuk soalan atau guru.
  • Suka bertangguh kerja

1. Malas ulang kaji contoh soalan dan fakta pelajaran
Pelajar amnya jika tidak ditekankan kepentingan mengulangkaji pelajaran,meraka akan sentiasa terawangan menerokai dunia meraka seperti menonton tv,bermain game,bercinta,dan sebagainya. Jika ibu bapa atau penjaga tidak pernah mengambil peduli akan anak-anak,jangan sesekali mengharapkan apa pun kebaikan daripada anak-anak,melainkan anak-anak yang rabun mata ibu-bapa haruslah mengetahui jika ada anak rabun meraka akan malas ubtuk berbuat apa sahaja terutama sekali mengulangkaji. Bawa meraka melalui pemeriksaan mata dan dapatkan cermin mata atau kanta lekap (contact Lens).

2. Tidak suka bertanya kepada senior yang lebih mengetahui bentuk soalan atau guru.
Soalan terdahulu adalah sebenarnya kunci utama untuk anda skor markah tinggi didalam mana-mana exam,walau pun peperiksaan dijalankan setiao tahun ,soalan atau jawapan terdahulu pasti akan diambil dari exam-exam lepas. Bertanyakan kepada sahabat atau senior anda akan soalan-soalan dahulu. Ia mungkin kunci kejayaan anda.

3. Suka bertangguh kerja
Budaya tangguh kerja adalah satu singktan english “procrastination”budaya tangguh kerja untuk melakukan kerja yang seronok dahulu. Bagi sesetengah orang ia adalah biasa tetapi hampir semua yang mengamalkannya akan terkecundang apa sahaja misinya. Bagi remaja budaya seperti ini akan memupuk dan menanam sikap menangguh sehingga tua. Elakkan menangguh kerja anda.