post

Tutorial Menulis Surat Rayuan

Menulis surat rayuan yang berkesan boleh menjadi satu cabaran besar. Walaupun mudah ianya memerlukan kemahiran memujuk anda. Sejak beberapa tahun ini saya telah menulis beberapa contoh surat rayuan seperti berikut :

Surat Rayuan Pertukaran Politeknik

Surat Rayuan Ke IPG

Surat Rayuan Mohon Kerja Semula

Surat Rayuan Penangguhan Bayaran Yuran Semester

Surat Rayuan Ke Sekolah Menengah Teknik

Surat Rasmi Rayuan

Format

Menulis surat rayuan perlukan ketelitian penggunaan ayat. Selain itu, surat rayuan perlu ditulis didalam format rasmi. Ia amat penting untuk meletakkan surat rayuan anda didalam format rasmi. Ini kerana kepada siapa anda menghantar surat tersebut mencerminkan kesungguhan anda. Kebanyakan penerima adalah institusi berkepentingan.

Contoh Surat Rayuan Rasmi

Contoh dibawah adalah tutorial menulis surat rayuan rasmi. Tujuan anda mungkin berbeza tetapi matlamat yang sama.  Beri perhatian pengguna ton nada yang sesuai untuk mencerminkan permintaan anda.

Nama Penghantar

Alamat Penghantar

Tarikh

Nama Penerima

Panggilan Jawatan

Alamat Penerima

Ucapan Hormat Tuan/Puan atau nama institusi

Tajuk Rayuan anda perkara 

Perenggan pendahuluan. Perkenalkan siapa anda kedudukan dan tujuan rayuan anda. Apa yang anda inginkan secara ringkasan mudah. Gunakan fakta yang sahih untuk buktikan rayuan anda.

Perenggan kedua dan ketiga . Rayuan yang anda kemukakan perlukan bukti dan fakta yang kukuh. Masukkan data atau jawapan bernas yang boleh menyokong anda . Yakinkan meraka bahawa anda tidak membuang masa meraka dengan rayuan anda. Sekali lagi letakkan sebab dan alasan yang kukuh dan boleh dipercayai.

Perenggan penuutup.  Akhiri penutup dengan ucapan terima kasih kerana sudi membaca surat anda. Nyatakan betapa pentingnya jika rayuan anda berjaya. Mohon agar diberi maklum balas selepas tempoh tersebut.

Tandatangan

Nama Penghantar/Kelab/Persatuan