post

Contoh Surat Rasmi Memohon Cuti Sekolah

Memohon cuti daripada pihak sekolah memerlukan surat sokongan daripada pakar perubatan sekiranya pelajar mengalami kecederaan atau gangguan  kesihatan,pihak hospital atau  klinik akan mengeluarkan sijil sakit tertentu yang boleh membuktikan pelajar tersebut benar-benar mengalami masalah tersebut dan menghadirkan diri dipusat perubatan untuk mendapatkan khidmat bantuan perubatan.

Contoh Surat Rasmi memohon cuti sekolah dibawah akan menggariskan panduan bagi anda sekiranya anda atau anak anda tidak menghadirkan diri di sekolah tanpa sijil sakit dari pihak pakar perubatan ataupun untuk dikepilkan sekali bersama surat rasmi ini,justeru itu adalah penting untuk menulis surat rasmi memohon cuti kepada pihak sekolah untuk memastikan rekod berhenti sekolah kelak tidak mempunyai rekod kesalahan ponteng sekolah.

Contoh Surat Rasmi Memohon Cuti Sekolah

  • Amza bin Mohamad
  • blok t-7,taman sena ,
  • 01457,kuala kemunting
  • shah alam selangor
————————————————————————————————————————
  • Guru kelas 4biru
  • sek keb miru sentosa,
  • jalan parit buntar,
  • 04580,port dickson
  • perlis indera kayangan                                                                                                                       18/10/2011
  • Tuan/Puan,
  • PER:TIDAK HADIR KE SEKOLAH
  • Merujuk pernyataan diatas ,saya waris penjaga Amza bin Mohamad  ingin menjelaskan sebab anak jagaan saya tidak dapat menghadirkan diri pada 17/10/2011 .
  • 2.Anak jagaan saya tidak dapat menghadirkan diri ke  sekolah disebabkan mengalami demam yang bermula setelah pulang dari sekolah pada beberapa hari yang lepas.
  • Saya telah membawa anak jagaan saya untuk dirawat pada malam 17/10/2011 berikutan demam yang berlanjutan . Dengan itu ,saya sertakan sekali sijil cuti sakit yang diberikan doktor bagi membolehkan anak saya bercuti sehari.
  • Saya ingin meminta maaf diatas kejadian ini dan berharap dari  kerjasama pihak tuan .
  • Sekian terima kasih .
Yang Benar
(Mohamad Bin Romzi)
post

Contoh Surat Rasmi Letak Jawatan

Contoh Surat Rasmi Letak Jawatan atau contoh surat berhenti kerja merupakan kemasini terkini tips menulis surat letak jawatan dengan mudah.

Proses meletakkan  jawatan merupakan peringkat dimana anda harus titik beratkan jika anda mahu gaji terakhir dimasukkan ke dalam akaun bank anda.

Seterusnya adalah tanggapan yang baik terhadap majikan dan  Surat Rasmi perletakan jawatan ini khas saya tujukan bagi sesiapa yang bakal menempohi situasi berhenti kerja .

Seperti yang anda ketahui surat rasmi adalah jenis surat formal yang perlu mengikut Format Rasmi yang sedia ada.  Setiap surat yang ditulis mesti mengekalkan format tersebut bagi memastikan usaha anda menulis tidak menjadi sia-sia sahaja.

Umumnya asas menulis surat rasmi adalah mudah. Format surat haruslah disusuli dengan sumber data yang tepat seperti Nama,alamat dan tujuan anda mengarang.

Berikut adalah contoh mudah surat letak jawatan. Ia merupakan contoh bagi semua jenis surat formal perletakan jawatan. Antaranya ialah surat letak jawatan 24 jam,letak jawatan dalam masa 30 hari dan sebagainya.

Anda disaran teliti perkataan yang ingin digunakan dan ubah mengikut keperluan anda.

Muat Turun surat letak jawatan

 

Mohd kamal  bin kamil mustapha

No c-56 ,Kg susur sungai

persiaran 7 lorong wong ahmad

Kedah darul aman.

___________________________________________________________

Tuan pengurus,

Syarikat perkapalan Emn Sdn Bhd,

458102, pengkalan chepa

Kota bharu ,kelantan                                                                                                   15 September 2012

        Tuan ,

        PER: PERLETAKAN JAWATAN

Berdasarkan maklumat yang dirujuk di atas , saya Mohd kamal  bin kamil mustapha memangku  jawatan pemandu lori kontena di syarikat tuan ingin meletakkan jawatan yang akan berkuat kuasa pada 30 November 2012 , sehubungan itu saya akan mematuhi polisi syarikat untuk memastikan proses perletakan jawatan saya berjalan mengikut tempoh masa yang diberikan syarikat tuan.

2. Justeru itu, saya ingin memohon maaf sekiranya tindakan saya ini meninggalkan kesan ke atas syarikat tuan , tujuan saya mengemukakan permohonan perletakan jawatan ini adalah disebabkan saya telah mendapat tawaran perkerjaan baru  dan saya amat berterima kasih di atas kesudian pihak tuan memberi tunjuk ajar dan membimbing saya selama ini.

Dengan itu ,saya amat berharap kesudian pihak tuan memberi kerjasama di dalam permohonan ini.
Sekian, terima kasih
_ _ _ _ _ _ _
Yang Benar
(Mohd kamal  bin kamil mustapha)
Pemandu lori Kontena