Hari ini masih ada individu yang masih belum mengetahuai perbezaan antara temuduga tertutup dan terbuka,seringkali kerap mendengar potongan ayat ini di radio,buah mulut malah di akhbar dan juga tv. Sejauh manakah pengetahuan anda tentang definisi temuduga ini. Bagi anda yang belum tahu,artikel kali ini mungkin bermanfaat bagi anda.
Apa itu Temuduga
Temuduga adalah satu proses dimana majikan yang berpotensi mengundang pemohon perkerjaan yang berkelayakan untuk dilantik sebagai perkerja syarikat,agensi atau organisasi tertentu. Terdapat perbezaan dimana proses lantikan dibuat untuk mengenalpasti calon yang layak menjawat jawatan yang diiklankan.
Temuduga Terbuka
Temuduga Terbukaatau Peluang Perkerjaan Terbuka merupakan singkatan maksud yang digunakan sesebuah syarikat ,organisasi kerajaan atau bukan kerajaan mengadakan sesi temuduga yang melibatkan masa yang ditetapkan dan calon pemohon yang berkelayakan. Temuduga terbuka merupakan satu kaedah untuk mencari calon yang ramai untuk pemeriksaan kerja yang diiklankan. Individu yang berkelayakan boleh memohon terus tanpa disaring melalui syarat jawatan yang diiklankan (On the Spot).
Temuduga Tertutup
Dikenali sebagai proses pengambilan calon secara berjadual iaitu memilih calon yang sesuai untuk ditemuduga melalui penapisan syarat di peringkat awal pengambilan kerja. Berbeza dengan syarat temuduga terbuka ,salah satu kebaikan bagi temuduga tertutup atau temuduga berjadual ialah calon yang dipilih untuk menjalani temuduga jenis ini adalah calon dipilih berdasarkan syarat jawatan yang diiklankan,berpotensi serta peruntukan masa yang pendek.
Walaupun perbezaan temuduga merupakan kebaikan bagi sesetengah individu ,faktor lain seperti format pemakaian,format resume yang berlainan dantatacara menghadapi temuduga merupakan salah satu aspek yang tidak boleh dipandang lekeh oleh calon yang berpotensi seperti anda .