Kebersihan merupakan persekitaran yang sihat untuk kesihatan manusia. Air yang bersih dan udara dan segar adalah penting untuk memastikan kesejahteraan hidup dan kehidupan yang harmoni,hari ini kita boleh melihat pelbagai cara yang dilakukan kerajaan dan organisasi bukan kerajaan untuk mendidik masyarakat dan memupuk nilai menitikberatkan kebersihan alam semulajadi.
Apakah kepentingan air yang bersih
Manusia memerlukan sekurang-kurangnya 8-11 gelas air sehari untuk terus hidup dan sihat,air akan membantu pelancaran darah disetiap sel didalam badan. Kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan dehidrasi dan mengakibatkan gejala kesakitan seperti sakit kepala,kurang bermaya,sakit belakang dan sakit seluruh anggota badan. Salah satu kelebihan air boleh melansingkan tubuh badan,air boleh mengenyangkan tanpa kesan kolestrol yang berbahaya untuk kesihatan. Toksin didalam badan akan dinyahtoksinkan melalui air dan menambahkan kecantikan dalaman dan luaran .
Pengambilan air yang kerap akan membantu didalam sistem perkumuhan dan mencerna hasil sisa toksin di antara hati dan buah pinggang. Pesakit yang menghidapi penyakit batu karang boleh mengelakkan simpton ini dengan meminum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari dan air dapat menghalang kalsium daripada berkumpul dan menjadi batu karang.
Selain membantu menyejukkan badan,air juga boleh memastikan darah tidak menjadi terlalu pekat sehingga menyebabkan sakit kepala dan pening. Makanan dihadam dengan baik apabila pengambilan air diambil secara kerap.
Salah satu tips perubatan yang disyorkan pakar perubatan persatuan amerika syarikat menjelaskan meminum air suam selepas bangun tidur dapat mennyahtoksin didalam hati dan membantu tubuh anda menerima makanan. Adalah syorkan menunggu selama setengah jam selepas meminum air suam untuk memastikan badan sudah bersedia menerima makanan,letakkan sedikit madu atau limau nipis didalam air suam untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal ,disamping kebaikan untuk diet .