Contoh Karangan Kebaikan Internet merupakan topik utama yang menjadi buah mulut masyarakat kini,kebaikan yang ada terhadap penggunaan internet yang beretika amat membantu setiap individu untuk mendapatkan jawapan dan apa saja buah fikiran dihujung jari dengan segera. Manakala bagi pengguna cilik ,kebaikan internet dilihat sangat memudahkan meraka melibatkan aktiviti seperti tuisyen online dan mendapatkan tips menghadapi ujian dan juga kepada seluruh lapisan masyarakat.
Perpustakaan vs Internet
Perpustakaan merupakan sumber utama bagi sumber maklumat popular pada masa yang lepas,setiap material bacaan mempunyai tempoh masa yang lazimnya berubah mengikut kitaran masa. Manakala sumber pengetahuan adalah terhad,tidak mencakupi keperluan setiap lapisan masyarakat bagi setiap kemahuan yang berbeza. Kemunculan internet sebagai medium perantaraan baru memudahkan sebarang urusan melibatkan pencarian fakta,bukti,pendapat,perkongsian maklumat dan interaksi. Kebaikan yang dilihat melalui internet bakal mengubah dunia pada masa hadapan .
Kebaikan internet terhadap perniagaan
Internet mampu mambantu perusahaan kecil bersaing dengan syarikat besar dengan pasaran yang luas. Teknologi laman web amat berkesan mengurangkan kos promosi berbanding kaedah promosi biasa yang menelan kos agak tinggi. Pelanggan merupakan tunjang perniagaan,pesanan mahupun khidmat dapat dilakukan dengan operasi 24 jam tanpa menggunkan tenaga kerja yang maksimun. Penjimatan kos dari segi alatan pejabat dapat dikurangkan dengan adanya sistem maklum balas yang melibatkan khidmat fax dan surat dan digantikan dengan sistem email atau live chat system yang terbukti mengurangkan kos operasi.
Justeru itu,kebaikan internet sudah terbukti amat berkesan bagi melahirkan masyarakat yang progresif dan inovatif. Disamping meningkatkan produktiviti dan margin keuntungan yang berlipat kali ganda baik untuk individu mahupun negara.