Contoh Surat Permohonan Bantuan

Contoh Surat Permohonan Bantuan kemaskini terbaru. Surat permohonan bantuan adalah jenis surat memohon bantuan samada kewangan,pendidikan,dana perniagaan,rumah dan biasiswa dari sesebuah organisasi,agensi dan individu. Format yang digunakan adalah surat rasmi,perlunya ketelitian didalam susunan tatabahasa yang betul dan menyatakan tujuan utama menulis surat permohonan mengikut format yang ada secara tepat .

Contoh surat rasmi permohonan bantuan pendidikan dibawah adalah contoh bagi permohonan bantuan pendidikan,format ringkas bagi contoh surat rasmi adalah seperti berikut:

Format Surat Rasmi Mohon Bantuan

  • Nama dan alamat pemohon
  • Tarikh
  • Nama dan alamat penerima
  • Tuan/puan
  • Perkara (isu anda)
  • Nyatakan tujuan permohonan anda dirangkap yang pertama
  • Nyatakan secara ringkas tujuan anda memohon bantuan tentang ¬†isu yang berbangkit dan mengapa anda memerlukan bantuan tersebut pada rangkap yang kedua
  • Akhiri rangkap yang terakhir dengan menyatakan betapa pentingnya bantuan tersebut dan bagaimana bantuan itu boleh membantu anda .
  • Nyatakan keihklasan anda dengan pernyataan berterima kasih dan disusuli dengan nama anda.

Muat Turun: surat permohonan bantuan