Saya baru perasan tadi, SPA dah umumkan calon yang layak untuk menduduki Peperiksaan Juruaudit W41. Maklumat lengkap seperti dibawah
MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE)
===============================================JURUAUDIT GRED W41 (JABATAN AUDIT NEGARA)
TARIKH PEPERIKSAAN : 13 SEPTEMBER 2019 (JUMAAT)
Exam ini juga akan berlangsung sama sekali dengan jawatan penolong juruaudit w29 13 sept ini.
Berikut adalah contoh soalan peperiksaan juruaudit w41 :
Seksyen A Pengetahuan AM
- Jabatan Audit Negara ialah sebuah jabatan di bawah
A Jabatan Perdana Menteri.
B Jabatan Perkhidmatan Awam.
C Kementerian Kewangan Malaysia.
D Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan
Kepenggunaan.
Jawapan : A - Berikut merupakan firma perakaunan terbesar di dunia, kecuali
A KPMG.
B Lloyds.
C Ernst & Young.
D PricewaterhouseCoopers.
Jawapan : B
Seksyen B Daya Menyelesaikan Masalah
1. 22 X 14 – 972 ÷ 9 =
A. 108 B. 200
C. 208 D. 308
Penyelesaian:
(22 x 14) –( 972 ÷ 9)
= 200
Jawapan = B
2. 84 – 16 X 93 + 72 ÷ 5 =
A. 84 – ( 16 X 93 ) + (72 ÷ 5)
B. 84 – (16 X 93 + 72) ÷ 5
C. (84 – 16) X 93 + 72 ÷ 5
D. 84 – 16 X 93 + 72 ÷ 5
Penyelesaian:
• Selesaikan operasi bahagi atau darab terlebih dahulu.
• Letak kurungan untuk nampak lebih jelas
Jawapan = A
3. Anas membeli 50 kotak coklat dan setiap kotak mengandungi 215 biji gula-gula. Anas
kemudiannya membungkus semua gula-gula itu secara sama banyak ke dalam 25
paket. Berapa biji coklatkah yang terdapat dalam setiap paket?
A. 325 B 350
C. 425 D. 430
Penyelesaian:
215 x 50 = 10,750
10,750 ÷ 25 = 430
Jawapan = D
4. Harga sebuah beg ialah RM 95 dan harga sebuah dompet ialah RM 11 kurang daripada
harga sebuah beg. Kirakan jumlah harga bagi 22 buah beg dan 33 buah dompet yang sama.
A. RM 2090 B. RM 4862
C. RM 4983 D. RM 4762
Penyelesaian:
Dompet = RM 95 – RM 11 = RM 84
33 dompet = RM 84 X 33 = RM 2772
22 beg = RM 95 x 22 = RM 2090
Jumlah = RM 2772 + RM 2090 = RM 4862
Jawapan = B
5. Butik Rias menjual sehelai baju melayu dengan harga RM 127 sepasang, sehelai kain
sampin dengan harga RM 88 dan sehelai baju kurung moden dengan harga RM 290
sepasang. Tuan Luqman mempunyai wang sejumlah RM 1713. Dia membeli 3 pasang
baju melayu, sehelai kain sampin dan 4 pasang baju kurung moden. Berapakah baki wang
yang tinggal?
A. RM 84 B. RM 172
C. RM 247 D. RM 1541
Penyelesaian:
Baju melayu = 3 x RM 127 = RM 381
Sampin = RM 88
Kurung Moden = 4 x RM 290 = RM 1160
Jumlah = RM 381 + RM 88 + RM 1160 = RM 1629
Baki wang = RM 1713 – RM 1629 = RM 84
Jawapan = A
Subscribe untuk menerima makum contoh soalan dan tips menjawab.
[mc4wp_form id=”3721″]