Contoh Resume Pertama Tanpa Pengalaman Kerja

Cari kerja buat pertama kalinya memang agak susah dan sukar,ditambah pula bagaimana caranya anda hendak menyakinkan majikan supaya percaya kepada anda yang tidak memiliki apa-apa pengalaman kerja. Tapi semua orang pasti perlukan kerja pertama untuk mendapatkan pengalaman kerja. Tunjukkan majikan bahawa  anda yang tiada pengalaman boleh bekerja sama baik dengan meraka yang memiliki pengalaman kerja.

Baca Artikel Contoh  Resume Bahasa Melayu

Baca Dan.Download Contoh Resume Bahasa Inggeris

1   Senaraikan maklumat pendidikan anda.

  • Mulakan penulisan anda dengan menyatakan setiap butir maklumat tentang pendidikan anda dari sekolah menengah ke tarikh akhir anda bergraduasi. Jika anda ada mengikuti sebarang kursus atau program senaraikannya sekali.

2.  Pengalaman berkaitan

  • Anda boleh senaraikan pengalaman yang diperolehi seperti program anak angkat,sukarela  dan sebagainya.  Salah satu contohnya anda menyertai acara mengecat rumah anak-anak yatim. Ia dapat menonjolkan sifat tanggungjawab anda.

3.  Tulis semua kemahiran anda

  • Senaraikan setiap butiran kemahiran yang anda miliki sewaktu pengajian menengah atau tinggi seperti kemahiran pemasangan perkakasan komputer,mengetuai pencaragam sekolah dan aktif berforum. Anda mungkin masih baru,tapi nilai-nilai ini dipandang tinggi para majikan yang mengaji pekerja yang berwibawa.

4.  Buat satu bahagian tentang hobi anda

  • Nyatakan secara ringkas tentang hobi anda sukan serta aktiviti pada masa lapang anda. Mungkin juga penglibatan dengan program tertentu seperti dikir barat,persatuan kelab. Ia mungkin membantu kerana majikan melihat anda sebagai individuyang tidak lokek dengan pergaulan ramai .