post

Panduan Menulis Resume 2019

Panduan Menulis Resume 2019 yang menarik bukanlah sesuatu yang mudah dan bukan sesukar yang disangka.

Didalam strategi Panduan Menulis Resume bakat bukanlah syarat yang diperlukan untuk menghasilkan keputusan resume yang memberansangkan kerana  anda boleh berpandukan contoh resume yang sedia ada .

Sebelum memulakan penulisan resume ,anda haruslah memastikan kategori resume anda berada peringkat yang mana,disini saya nyatakan tiga contoh peringkat kategori resume iaitu:

1.Resume tentang asas latar diri anda iaitu

Resume untuk meraka yang baru mendapat jemputan temuduga buat pertama kali dan mempunyai pengalaman kerja yang agak terhad ,sesuai bagi lepasan dan graduan

2.Berdasarkan latar diri kronologi

Berasaskan level bidang yang berbeza dan bercirikan perkembangan kejayaan didalam suatu tempoh masa ,resume ini dikhaskan untuk meraka yang mempunyai pelbagai pengalaman berkerja pada sesuatu tempoh masa .

3.Latar diri resume

Berasaskan sasaran ,dikhaskan untuk meraka yang yakin tentang kerjayanya dalam menentukan sasaran .

Menulis resume yang menepati citarasa majikan ,secara umumnya meningkatkan  peluang permohonan untuk diterima .Salah satu punca resume yang dirasakan memenuhi kriteria pemilihan ialah berdasarkan komponen-komponen  ini:

Nama penuh (mengikut kad pengenalan)
Gambar terbaru (saiz passport)
Butir-butir peribadi (tarikh & tempat lahir, taraf perkahwinan)
Alamat surat menyurat (termasuk poskad)
Alamat tetap (jika lain dari no. 4)
Objektif pekerjaan (sekiranya sudah pasti dan mesti sesuai dengan jawatan yang dipohon).
Latar belakang pendidikan (tinggalkan pendidikan rendah, kelayakan tertinggi lebih diutamakan).
Pengalaman kerja (termasuk kerja sementara & latihan amali).
Aktiviti kokurikulum dan persatuan.
Keahlian dalam badan-badan ikhtisas (jika ada) serta taraf keahlian.
Penglibatan masyarakat / komuniti.
Penerbitan (jika ada).
Taraf serta kemahiran berbagai bahasa.
Kemahiran lain (menaip, komputer).
Lesen memandu (taraf / gred).
Minat & kegemaran (mendaki, berenang, melukis).
Rujukan 2 orang yang kenal anda (bukan saudara mara).
[alert type=”info” icon-size=”normal”]Panduan Menulis Resume[/alert]
post

Contoh Resume White Rainbow

Contoh Resume White Rainbow khas buat meraka yang inginkan resume yang ringkas dan bersih .  Tanpa memerlukan ilmu kemahiran yang  tinggi,bakat bukanlah syarat untuk anda yang inginkan sesuatu yang berbeza setiap kali membuat permohonan kerja.

Perbezaan ketara antara kurikulum vitae dan resume

Kurikulum vitae boleh melebihi  dua atau lebih muka surat, sinopsis yang  lebih terperinci  tentang latar belakang dan kemahiran anda.  Resume merupakan ringkasan tentang maklumat diri,pendidikan,pengalaman .

 

Muat Turun: Contoh Resume White Rainbow

 

post

Lima Perkara Penting Sebelum Membina Resume

Tanpa resume ,anda sukar mendapatkan perkerjaan yang diinginkan.Sesebuah resume yang kreatif dan menarik memberikan bayangan terhadap majikan tentang pengalaman dahulu pemohon iaitu,kemahiran,pengalaman bekerja ,pencapaian dan matlamat masa hadapan.Persiapan resume  yang kurang kemas dan diberikan pula kepada majikan hanya satu pembuangan masa .Sebaiknya ,pemohon harus melihat beberapa faktor sebelum menyediakan resume . [Read more…]