post

Bagaimana buat contoh resume terbaik

Resume yang baik dan tiada kesalahan merupakan satu faktor  pembuka ruang  peluang perkerjaan. Jawatan yang diiklankan merupakan isyarat bagi anda yang sedang mencari setiap lubang perkerjaan dan juga peluang bagi majikan yang mencari perkerja yang berkebolehan meningkatkan margin keuntungan serta kebaikan untuk syarikat dan sebagainya . Resume yang terbaik haruslah ringkas dan padat dan menjadi sebab yang bagus untuk majkan mengaji anda .

Pilih reka bentuk yang menarik bagi resume anda supaya ia mampu memberikan seribu persepsi terhadap  kandungan resume anda,Contoh Resume Terbaik  yang boleh menarik perhatian majikan adalah bergantung bagaimana anda mengkategorikan jenis resume anda sama ada bagi resume kronologi iaitu menunjukkan sejarah kerja anda yang bermula dari hari pertama anda berkerja sehingga terkini,resume jenis ini sesuai bagi meraka yang memiliki sejarah kerja yang stabil didalam tempoh masa yang panjang. Resume fungsian pula menyenaraikan sejarah kerja  anda bermula dengan kerja yang diberikan kepada anda sehingga kini,resume jenis ini sesuai bagi Lepasan Graduan yang mempunyai pengalaman kerja yang terhad .

Pastikan maklumat yang diberikan tepat dan terangkan kelebihan yang ada pada diri anda supaya anda kelihatan layak menjawat jawatan yang ditawarkan. Majikan yang berprofil tinggi tidak akan membaca keseluruhan resume anda dan kemungkinan besar jika resume anda tidak menyatakan kata kunci yang tepat mahupun maklumat tepat,besar kemungkinan resume anda hanya sampai dimeja kerani .

Mesti jujur, jangan palsukan pencapaian akademik anda dan pengalaman kerja anda. Setiap Temuduga yang dijalankan pasti menemui sebarang kecacatan yang anda sembunyikan.

 

post

Lima Perkara Penting Sebelum Membina Resume

Tanpa resume ,anda sukar mendapatkan perkerjaan yang diinginkan.Sesebuah resume yang kreatif dan menarik memberikan bayangan terhadap majikan tentang pengalaman dahulu pemohon iaitu,kemahiran,pengalaman bekerja ,pencapaian dan matlamat masa hadapan.Persiapan resume  yang kurang kemas dan diberikan pula kepada majikan hanya satu pembuangan masa .Sebaiknya ,pemohon harus melihat beberapa faktor sebelum menyediakan resume . [Read more…]

post

Contoh Resume Bahasa Melayu

Contoh Resume Bahasa Melayu. Resume merupakan tiket kepada dream job yang anda inginkan dan salah satu faktor yang dikenal pasti dalam pembikinan resume yang menarik penemuduga ialah maklumat yang lengkap dan ringkas.

Tanpa data-data yang lengkap dan kurangnya penekanan terhadap kata kunci yang menarik perhatian penemuduga ,anda pasti bakal berdepan dengan keputusan yang mengecewakan.

Namun dimalaysia kita sedar bahawa  penekanan bahasa yang digunakan untuk resume yang menarik adalah sebaiknya didalam bahasa melayu sekiranya anda memohon di sektor awam .

Muat Turun Contoh Resume Bahasa Melayu

Umumnya bahasa melayu merupakan bahasa kebangsaan dimalaysia. Bersetujukah anda jika saya mengatakan lebih baik menyediakan resume dalam bahasa melayu sekiranya ingin memohon sektor kerajaan.

Resume Bahasa Melayu ini sesuai bagi semua jawatan sektor awam dan swasta. Anda hanya perlu bijak menyesuaikan dengan resume anda.

Setelah bertahun memohon jawatan disektor kerajaan saya sedar antara punca permohonan saya ditolak bukanlah berdasarkan punca resume. Tapi berdasarkan pengetahuan pemohon sendiri jadi umumnya resume bukanlah punca utama namun berkait banyak faktor lain.

Kesimpulannya tujuan saya menulis resume  ini untuk meletakkan kepentingan terhadap penggunaan bahasa melayu dalam resume berbanding bahasa lain.