Membaiki Kandungan Resume Anda

Kunci utama didalam penulisan resume adalah mengutamakan pengalaman kerja dan diikuti dengan elemen lain yang membentuk personaliti didalam resume. Apabila anda cuba memasukkan maklumat didalam resume,utamakan pencapaian anda dengan menyatakan kepentingan,pencapaian dan kerja yang berkaitan permohonan anda.

Tulis Maklumat Yang jelas dan terang

Apabila anda inginkan Sebuah resume yang terbaik,anda sudah pastinya terbayang bagaimanakah reaksi si pembaca resume anda. Letakkan diri anda pada kedudukan sebagai majikan akan membantu anda memberi sedikit – hint tentang bagaimana resume tersebut berupaya meletakkan diri anda sebagai calon terbaik.

Pastikan setiap perenggan kenyataan yang anda tulis dapat membantu majikan apa yang beliau inginkan. Contohnya,sebagai eksekutif jualan ,pastinya setiap 80% faktor adalah kemahiran jualan,kemahiran komunikasi dan sebagainya. Pentingnya anda nyatakan elemen angka, dan sebagainya yang dapat membantu anda terpilih.

Walau bagaimana pun anda seharusnya pilih mana-mana kaitan pengalaman kerja atau kemahiran yang relevan  dengan kaitan tugas anda walaupun sesetengah yang anda nyatakan kelihatan mudah dan singkat,ia mungkin membantu majikan anda untuk mudah mengingatinya.