Menulis resume yang berkesan adalah berdasarkan format yang digarisi , resume yang diiktirafkan sebagai menepati standard format yang ditetapkan mempunyai peluang yang lebih cerah berbanding dengan resume yang ditulis secara rawak . Sebagai panduan mudah bagi sesiapa yang ingin merujuk lambakan contoh resume yang berada di internet adalah disyorkan supaya sentiasa peka terhadap format yang digunakan .
Pelajar atau pun sesiapa pun juga boleh mencari panduan menulis resume berdasarkan format melalui daripada bahan bacaan ilmiah yang mudah untuk didapati sama ada perpustakaan mahupun kedai buku , bagi sesetengah posisi perkerjaan yang ditawarkan oleh mana-mana syarikat mungkin berbeza dengan contoh resume format terkini,contohya ; perkerjaan yang ditawarkan bagi perkerja mahir dengan separuh mahir adalah berbeza dari fungsi format resume .
Seperti yang sedia maklum , sebelum mebuat resume anda seharusnya tahu apakah format fungsi jenis resume pilihan anda , format fungsi resume terbahagi kepada dua iaitu resume fungsian dan resume kronologi , resume fungsian adalah sesuai bagi individu yang baru memulakan kerjaya dan hanya mempunyai kemahiran dan bukan pengalaman kerja , manakala resume kronologi pula ialah format resume yang khas bagi individu yang mempunyai sejarah kerjaya dan pengalaman kerja yang lama . Continue reading Tatacara menulis resume mengikut format terkini