Apakah yang dimaksudkan dengan menjaga hati majikan,selain memberikan mutu perkhidmatan yang terbaik,menjaga hubungan yang baik diantara pihak majikan dan perkerja dapat menambahkan lagi produktiviti dan mewujudkan suasana selesa.
Sifat-sifat yang disukai majikan
Pendengar yang baik
- Jadilah seorang pendengar yang baik ,terutama yang berkaitan dengan bidang tugas yang berkait dengan anda.
- Mendengar arahan yang diberikan dengan teliti akan memastikan anda dapat menerima arahan maklumat tersebut dengan sempurna. Dengan itu,sebarang tugas yang anda kendalikan dapat dijalankan dengan baik tanpa sebarang kesilapan yang boleh menggugat pandangan majikan terhadap anda. Majikan dapat menilai sejauh mana kejujuran dan komitmen pekerja yang berdedikasi.
Berani
- Beranikan diri untuk mencuba sesuatu yang baru beerti bukan untuk menunjukkan anda seorang yang berlagak atau sombong,berani didalam situasi ini bermaksud anda haruslah berani memikul tanggungjawab yang diberikan kepada anda. Berani untuk menerima teguran dan menhadapi semua risiko kegagalan. Majikan menyukai perkerja yang sering belajar dari kesilapannya .
Sabar menghadapi tekanan
- Menghadapi tekanan kerja memerlukan kesabaran yang tinggi. Didalam usaha mendapatkan kepercayaan majikan,anda haruslah bijak mengambil peluang !tapi awas jika anda tersilap langkah,anda mungkin menghadapi risiko yang tinggi seperti digantung kerja atau dipindahkan. Untuk mengendalikan situasi genting,anda haruslah bersiap sedia dengan kekuatan fizikal dan mental,berpengalaman dan bertindak mengikut polisi yang ditetapkan. Jika anda memiliki ciri-ciri ini,anda adalah salah seorang perkerja harapan yang boleh majikan jadikan tempat bergantung .
3 tips tersebut adalah salah satu cara mendekatkan diri anda dengan majikan,kebaikan memiliki elemen-elemen ini membantu melancarkan perjalanan kerjaya anda disamping meningkatkan produktiviti.