Contoh Surat Rasmi

Contoh Surat Rasmi. Menulis surat rasmi merupakan salah satu penulisan format yang penting. Setiap individu perlu tahu format rasmi bahasa melayu.

Ini kerana surat rasmi penting bagi menyampaikan hasrat yang terbuku kepada pihak yang terlibat berdasarkan penulisan format surat rasmi yang betul.

Contoh Surat Rasmi yang terdapat di lambakan internet hari ini sudah cukup membuktikan kepentingan format surat rasmi kepada rakyat malaysia mahupun pelajar.  Adapun sudah terdapat banyak Contoh di internet. Saya dapat merasakan ada kesinambungan antara Contoh Resume dengan Contoh Surat Rasmi.

Format Surat

Berdasarkan tujuan yang ingin ditulis. Anda perlu berpandukan sumber rujukan. Isi rangka kandungan. Boleh rujuk contoh format surat mohon bantuan ini.

Dibawah saya sediakan satu contoh surat rasmi yang mudah untuk panduan ramai. Semoga ia memanfaatkan kepada meraka yang memerlukan panduan untuk menulis surat rasmi permohonan kepada pelbagai topik. Berikut disertakan contoh dan link muat turun .

Download  Contoh Surat Rasmi : Muat  Turun

 

Khairul Suhit BIn Ayyob

Kg XXX  XXX XXX

Pendang Kedah.

 

Tok Penghulu

Kg sebelah XXX

Pendang Kedah.                                                                                                 15 September 2088

Tuan,

 

PERKARA: PERMOHONAN GANTI JAMBATAN

Merujuk perkara di atas,

2.Berdasarkan maklumat di atas ,saya Khairul bin Ayyob wakil dari kg XXX XXX XXX ingin memohon bantuan daripada pihak tuan bagi menganti jambatan yang berada di antara jalan kecil dan jalan besar dikampung kami yang semakin  uzur dek hakisan air sungai. Hakisan sungai yang berlaku sejak beberapa tahun yang lalu telah pun mengakibatkan beberapa kemalangan melibatkan penduduk jatuh kedalam sungai disebabkan lubang di atas jambatan tersebut.

3.Sehubungan dengan itu, kami penduduk kampung merupakan petani sepenuh masa,jadi pendapatan kami yang tak menentu dan kecil tidak mengizinkan kami mengeluarkan modal sendiri untuk membaiki jambatan tersebut. Kami penduduk kampung amat mengharapkan bantuan pihak tuan bagi menganti jambatan uzur ini agar kehidupan kami lebih tenteram dikala menanti anak-anak kecil pulang ke sekolah dengan selamat tanpa ancaman jambatan runtuh dan malapetaka yang lebih buruk.

Justeru itu,kami amat menghargai jasa tuan sekiranya permohonan ini diluluskan. Kami menunggu dengan redha maklum balas dari pihak tuan.

Berkhidmat untuk masyarakat

Sekian , terima kasih.

————————–

Khairul Suhit BIn Ayyob