Tulis Resume Walaupun Tidak Mempunyai Sijil Tinggi

Ekonomi yang tidak menentu pada masa kini amat membimbangkan bagi mana-mana individu.Walaupun tak ramai diantara kita yang memiliki segulung ijazah atau sijil,harapan menggunung untuk mendapatkan perkerjaan yang diminati bukanlah satu impian yang sukar dikecapi. Tetapi,ia bergantung bagaimana anda menggarap resume anda berdasarkan pengalaman dan kemahiran yang anda miliki.

Anda mungkin tidak memiliki sijil tertinggi seperti ijazah,tetapi anda mungkin memiliki kemahiran kursus yang mungkin anda pernah jalani contohnya,kursus menjahit,menyulam,mengecat dan lain-lain lagi. Maklumat tersebut penting untuk anda nyatakan didalam resume anda. Tunjukkan minat yang mendalam untuk meningkatkan kemahiran diri dan kemahiran dengan  menjalani pengajian separuh masa.

Hampir kebanyakan penawar pekerjaan khususnya, mencari penyelesaian masalah atau individu yang memiliki kepakaran untuk menangani isu yang tertentu dan bukan hanya meraka yang memilik ijazah,diploma serta sijil. Bagi meraka yang memilik kecenderungan didalam jurusan tertentu dan mempunyai rekod pencapaian sumbangan meraka terhadap syarikat,individu tersebut boleh dipertimbangkan.

Walaupun begitu,untuk menonjolkan bakat dan keupayaan pemohon pekerjaan yang tidak memilik ijazah,resume lengkap dan terperinci memerlukan usaha yang lebih berbanding meraka yang memiliknya. Meraka harus pastikan resume itu betul-betul dipertingkatkan untuk melangkaui para lepasan diploma dan ijazah.

Bagi sesetengah syarikat,penting bagi seseorang pemohon memiliki ijazah. Ini berdasarkan situasi “rangkaian” yang bermaksud bagaimana ia berkembang dan idea . Meraka lebih menekankan tentang kaitan kerja ,skop tugas dan rujukan . Namun,ia bukan penamat bagi meraka yang tidak memiliki ijazah,anda boleh mulakan sekarang  walau berapa pun umur anda. Nyatakan anda sedang belajar didalam resume .

Comments

  1. cara membuat resume???

Speak Your Mind

*