Tips temuduga kerani

Kekuatan dan keutuhan sistem pengoperasian sesebuah syarikat sebenarnya bergantung daripada sektor perkeranian. Majikan mencari calon yang berkelayakan dan mampu menangani pelbagai tugasan pejabat secara tepat dibawah pengurusan masa yang minima. Resume yang menarik merupakan salah satu faktor kejayaan meraih perkerjaan yang diingini,namun bagaaimanakah anda berdepan  dengan situasi temuduga yang akan membantu  anda mendapatkan perkerjaan. Tips berikut pasti membantu anda :

Tips temuduga kerani

  • Perkerjaan perkeranian bermula dengan disuatu ruangan didalam pejabat atau bilik dimana semua urusan surat-menyurat dihasilkan sehingga ke bahagian pembantu pengurusan. Anda mesti mencari maklumat berkenaan jawatan ini berdasarkan  pemahaman tugas dan tanggungjawab yang berkait dengan tugas perkeranian,hubungi rakan-rakan yang memegang jawatan tersebut dan menanyakan tentang perihal tugas seorang kerani. Jika anda ingin membuat kajian tentang sesebuah syarikat,beranikan diri menghubungi pihak meraka tentang jawatan tersebut .
  • Sebagai persediaan menghadapi  temuduga kerani,selain daripada mempunyai pengetahuan yang meluas tentang definisi tugas seorang kerani. Latihan preview boleh membantu anda membaiki kelemahan sewaktu temuduga. Gunakan rakaman video dan meminta salah seorang atau ahli keluarga untuk menilai kualiti video  tersebut,dimana anda boleh mengulangi proses ini bagi mendapatkan maklum balas yang diigini.
  • Salah satu syarat  untuk jawatan kerani adalah kemahiran menaip dengan pantas dan tepat. Setiap calon akan mengalami ujian menaip bagi mengukur tahap kepantasan dan ketepatan didalam waktu yang ditetapkan. Anda boleh memahirkan kemahiran menaip anda jika selalu membuat latihan menaip.
  • Kecekapan penggunaan komputer adalah satu kemestian bagi jawatan kerani,ujian akan dijalankan bagi mengenal pasti calon yang mempunyai kemahiran didalam penggunaan komputer dan  cekap menerima tugasan aplikasi komputer cthnya’menulis laporan minit mesyuarat’ .
  • Berikan tanggapan yang baik melalui pemakaian,jika anda memakai pakaian yang menjolok mata atau pakaian yang sesuai untuk hiburan,anda hanya membazirkan masa anda. Seorang kerani merupakan perwakilan dari sesebuah syarikat dan melambangkan moto syarikat. Penampilan akan mempengaruhi segala tingkah laku setiap individu.
  • Setiap temuduga yang baik haruslah dimulakan dengan hubungan mata yang terkawal dan hendaklah bagi memberi salam sekurang-kurangnya bagi calon lelaki dengan penemuduga lelaki,kawal pernafasan anda dan tunggu arahan dan jangan menyampuk ketika penemuduga menanyakan soalan. Jawab dengan yakin dan tepat,tunjukkan reaksi minat sewaku perbualan dan jika kesempatan tanyakan soalan dengan memanggil nama penemuduga dengan sopan.
Temuduga adalah situasi genting,tetapi anda harus mengawal keadaan dan gunakan peluang ini bertanyakan soalan seperti “pertanyaan sebab gagal temuduga dan sebagainya” elakkan bertanya isu gaji mahupun bonus.

Comments

  1. salam..saya tidak mahir menaip tapi saya mahu men
    jadi seorang kerani yg baik..
    ape yg harus saya lakukan..

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge