Tangan Berpeluh Sewaktu Temuduga

Tangan berpeluh sewaktu temuduga adalah situasi yang tidak digemari bagi pemohon perkerjaan,ia juga menandakan pemohon tersebut sedang mengalami tekanan gemuruh dan kurang keyakinan diri. Ia berlaku kepada setiap individu,namun tidak semua yang mengalami peluh ditangan . Berpeluh di tangan bukan hanya menjejaskan tanggapan penemuduga kepada si pemohon,tetapi ia juga menggurangkan keyakinan pemohon untuk menonjolkan prestasi kepada bakal majikan yang berpotensi kelak.  Ia dikenali sebagai (Hyperhidrosis) atau peluh berlebihan yang berlaku di tapak tangan,kaki dan ketiak.

Punca Peluh Tapak Tangan 

Walaupun punca peluh berlebihan (Hyperhidrosis) tidak diketahui secara tepat,namun pakar-pakar perubatan mengklasifikasikan gejala ini berlaku kerana individu tersebut  mengalami perasaan takut atau gementar secara berlebihan,maklumat tersebut yang disalah anggap sebagai pencetus isyarat bahaya terus menghasilkan pengeluaran peluh dibahagian anggota badan yang terbabit dengan banyak sekali.

Hakikat yang pemohon harus tahu disini adalah kemungkinan punca yang berlaku iaitu peluh berlebihan ini mungkin disebabkan perasaan gementar dan takut pemohon itu sendiri. Peluh berlebihan juga menyukarkan setiap individu yang mengalaminya untuk mendapatkan perkerjaan yang dipohon dengan halangan berganda berbanding individu biasa. Jadi,selain menyiapkan diri untuk menjawab soalan temuduga yang mencabar,sediakan diri anda untuk menangani situasi peluh ditangan sewaktu temuduga ini.

Bagaimana Menghadapi Temuduga Dengan Tangan Berpeluh

Situasi

Hampir semua pejabat dan bilik temuduga hari ini dilengkapi dengan penghawa dingin,apabila anda memasuki ruang menunggu giliran anda,pastikan anda pilih tempat duduk yang menghala ke arah penghawa dingin,lebarkan tapak tangan anda diruangan arus penghawa dingin  tersebut.

Namun,tidak semua tempat yang anda akan ditemuduga memiliki kemudahan penghawa dingin,jika anda pernah melihat sebilangan pemohon yang lain membawa suratkhabar dan dikepilkan sewaktu temuduga,ia sebenarnya membantu dek dari segi pengetahuan  pemohon tentang isu semasa luar dan dalam negara,selain itu surat khabar juga dijadikan alas untuk anda mengeringkan tapak tangan anda tanpa diketahui sesiapa pun dan  surat khabar boleh menyerap peluh dengan cepat .

Pakaian yang sesuai dan menyerap peluh

Pakaian yang sesuai seperti jaket,kot adalah satu kaedah mengesat peluh ditapak tangan anda,pastikan kot atau seluar anda mempunyai poket kain kapas yang boleh menyerap peluh dengan cepat,tujuan anda hanyalah sekadar  mengesat peluh. Letakkan tisu atau kain kecil dipoket.

Makanan yang harus dielakkan

Makanan yang pedas dan panas harus dielakkan dan juga minuman panas seperti teh dan kopi. Bagi yang mengalami situasi berpeluh,merokok adalah  tidak  digalakkan walaupun ia dikatakan mampu menenangkan fikiran,namun merokok hanya meningkatkan pengeluaran peluh.

Persedian yang rapi dan tenang diri

>>> CARA LULUS TEMUDUGA KERJA KERAJAAN 2015

Persedian yang baik adalah menyempurnakan senarai tentang apa yang nak dibuat pada pagi temuduga. Elakkan daripada melakukan tugasan pada minit yang terakhir,anda pasti berpeluh dan letih. Tenangkan diri dengan menghela nafas yang panjang dan buat temuduga ajukan untuk  membayangkan situasi yang sebenar. Jangan jadikan Peluh sebagai isu untuk anda gagal dalam penentuan kerjaya pilihan anda.

Comments

  1. terima kasih atas tips ini . saya pernah pergi temuduga untuk kerja bahagian Penolong IT . mase tu memang berpeluh . maklumlah first time pergi temuduga . memang takut . .

Speak Your Mind

*