Contoh Surat Rasmi Memohon Cuti Sekolah

Memohon cuti daripada pihak sekolah memerlukan surat sokongan daripada pakar perubatan sekiranya pelajar mengalami kecederaan atau gangguan  kesihatan,pihak hospital atau  klinik akan mengeluarkan sijil sakit tertentu yang boleh membuktikan pelajar tersebut benar-benar mengalami masalah tersebut dan menghadirkan diri dipusat perubatan untuk mendapatkan khidmat bantuan perubatan.

Contoh Surat Rasmi memohon cuti sekolah dibawah akan menggariskan panduan bagi anda sekiranya anda atau anak anda tidak menghadirkan diri di sekolah tanpa sijil sakit dari pihak pakar perubatan ataupun untuk dikepilkan sekali bersama surat rasmi ini,justeru itu adalah penting untuk menulis surat rasmi memohon cuti kepada pihak sekolah untuk memastikan rekod berhenti sekolah kelak tidak mempunyai rekod kesalahan ponteng sekolah.

Contoh Surat Rasmi Memohon Cuti Sekolah

  • Amza bin Mohamad
  • blok t-7,taman sena ,
  • 01457,kuala kemunting
  • shah alam selangor
————————————————————————————————————————
  • Guru kelas 4biru
  • sek keb miru sentosa,
  • jalan parit buntar,
  • 04580,port dickson
  • perlis indera kayangan                                                                                                                       18/10/2011
  • Tuan/Puan,
  • PER:TIDAK HADIR KE SEKOLAH
  • Merujuk pernyataan diatas ,saya waris penjaga Amza bin Mohamad  ingin menjelaskan sebab anak jagaan saya tidak dapat menghadirkan diri pada 17/10/2011 .
  • 2.Anak jagaan saya tidak dapat menghadirkan diri ke  sekolah disebabkan mengalami demam yang bermula setelah pulang dari sekolah pada beberapa hari yang lepas.
  • Saya telah membawa anak jagaan saya untuk dirawat pada malam 17/10/2011 berikutan demam yang berlanjutan . Dengan itu ,saya sertakan sekali sijil cuti sakit yang diberikan doktor bagi membolehkan anak saya bercuti sehari.
  • Saya ingin meminta maaf diatas kejadian ini dan berharap dari  kerjasama pihak tuan .
  • Sekian terima kasih .
Yang Benar
(Mohamad Bin Romzi)

Contoh Surat Rasmi Letak Jawatan

Proses meletakkan  jawatan merupakan peringkat dimana anda harus titik beratkan jika anda mahu gaji terakhir dimasukkan ke dalam akaun bank anda  dan seterusnya tanggapan yang baik terhadap majikan , Contoh Surat Rasmi perletakan jawatan ini khas saya tujukan bagi sesiapa yang bakal menempohi situasi berhenti kerja .

Seperti yang anda ketahuai , surat rasmi adalah contoh surat yang perlu mengikut Format Surat Rasmi yang sedia ada dan setiap surat rasmi yang ditulis mesti mengekalkan format tersebut bagi memastikan usaha anda menulis tidak menjadi sia-sia sahaja.

Umumnya , asas panduan penghasilan contoh surat rasmi adalah mudah seperti entry yang lepas  Contoh Surat Rasmi . Panduan menulis format surat rasmi haruslah disusuli daripada sumber yang betul seperti Nama dan alamat serta tujuan anda mengarang .

Muat turun Contoh Surat Rasmi Letak Jawatan

 

  • Mohd kamal  bin kamil mustapha
  • No c-56 ,Kg susur sungai
  • persiaran 7 lorong wong ahmad
  • Kedah darul aman.
________________________________________
  • Tuan pengurus,
  • Syarikat perkapalan Emn Sdn Bhd,
  • 458102, pengkalan chepa
  • Kota bharu ,kelantan                                                                                                   15 September 2012
        Tuan ,
        PER: PERLETAKAN JAWATAN
  • Berdasarkan maklumat yang dirujuk di atas , saya Mohd kamal  bin kamil mustapha memangku  jawatan pemandu lori kontena di syarikat tuan ingin meletakkan jawatan yang akan berkuat kuasa pada 30 November 2012 , sehubungan itu saya akan mematuhi polisi syarikat untuk memastikan proses perletakan jawatan saya berjalan mengikut tempoh masa yang diberikan syarikat tuan.
  • 2. Justeru itu, saya ingin memohon maaf sekiranya tindakan saya ini meninggalkan kesan ke atas syarikat tuan , tujuan saya mengemukakan permohonan perletakan jawatan ini adalah disebabkan saya telah mendapat tawaran perkerjaan baru  dan saya amat berterima kasih di atas kesudian pihak tuan memberi tunjuk ajar dan membimbing saya selama ini.
Dengan itu ,saya amat berharap kesudian pihak tuan memberi kerjasama di dalam permohonan ini.
Sekian, terima kasih
_ _ _ _ _ _ _
Yang Benar
(Mohd kamal  bin kamil mustapha)
Pemandu lori Kontena

Contoh Surat Rasmi

Menulis surat rasmi merupakan salah satu penulisan  format yang penting , ia harus diketahui oleh setiap individu kerana surat rasmi penting bagi menyampaikan hasrat yang terbuku kepada pihak yang terlibat berdasarkan penulisan format surat rasmi yang betul.

Contoh Surat Rasmi yang terdapat di lambakan internet hari ini sudah cukup  membuktikan kepentingan format surat rasmi kepada rakyat malaysia mahupun pelajar, adapun sudah terdapat banyak Contoh Surat Rasmi di dalam internet ,saya dapat merasakan ada kesinambungan antara Contoh Resume dengan Contoh Surat Rasmi .

Dibawah saya sediakan satu contoh surat rasmi yang mudah untuk panduan ramai .

Muat turun Contoh Surat Rasmi

  • Khairul Suhit BIn Ayyob
  • Kg XXX  XXX XXX
  • Pendang Kedah.                                       <—–Nama dan Alamat Anda 
_____________________________________________________________________
  • Tok Penghulu
  • Kg sebelah XXX                                          <—–Nama dan Alamat  For Who Yang Berkenaan 
  • Pendang Kedah.                                             
  •  15 September 2012

Tuan,

PERKARA: PERMOHONAN GANTI JAMBATAN

Merujuk perkara di atas,

2.Berdasarkan maklumat di atas ,saya Khairul bin Ayyob wakil dari kg XXX XXX XXX ingin memohon bantuan daripada pihak tuan bagi menganti jambatan yang berada di antara jalan kecil dan jalan besar dikampung kami yang semakin  uzur dek hakisan air sungai. Hakisan sungai yang berlaku sejak beberapa tahun yang lalu telah pun mengakibatkan beberapa kemalangan melibatkan penduduk jatuh kedalam sungai disebabkan lubang di atas jambatan tersebut.

3.Sehubungan dengan itu, kami penduduk kampung merupakan petani sepenuh masa,jadi pendapatan kami yang tak menentu dan kecil tidak mengizinkan kami mengeluarkan modal sendiri untuk membaiki jambatan tersebut. Kami penduduk kampung amat mengharapkan bantuan pihak tuan bagi menganti jambatan uzur ini agar kehidupan kami lebih tenteram dikala menanti anak-anak kecil pulang ke sekolah dengan selamat tanpa ancaman jambatan runtuh dan malapetaka yang lebih buruk.

Justeru itu,kami amat menghargai jasa tuan sekiranya permohonan ini diluluskan. Kami menunggu dengan redha maklum balas dari pihak tuan.

Berkhidmat untuk masyarakat

Sekian , terima kasih.

————————–

Khairul Suhit BIn Ayyob