Contoh Surat Permohonan Kerja

Memohon perkerjaan didalam sektor swasta dan kerajaan memerlukan semangat yang kental berikutan persaingan yang tinggi pada masa kini,walaupun anda pemegang ijazah tertinggi didalam jurusan anda itu belum pasti anda dapat memiliki jawatan yang diinginkan tanpa sebarang usaha. Perkerjaan tidak mungkin mencari anda tetapi sebaliknya,sebagai individu yang berpengetahuan anda haruslah mempelbagaikan ikhtiar untuk mendapatkan perkerjaan yang diingini.

Contoh Surat Permohonan Kerja berikut boleh membantu anda sebagai panduan untuk menempatkan diri anda berdasarkan perkerjaan yang diingini.

Muat turun : Contoh Surat Permohonan Kerja

  • Rafiq Bin Hazri
  • Tingkat 4 ,no-34,Kg tenuk bahang
  • 045700 Negeri Sembilan.
——————————————————————————————————————
  • Tuan Pengurus,
  • Kilang Eastweed Sdn Bhd
  • Perusahaan 2,lorong kinchan
  • Seberang  Prai Utara,Penang.                                                                                                 25 Oktober 2011

Tuan,puan

  • PER:PERMOHONAN KERJA SEBAGAI OPERTOR MESIN
  • Merujuk perkara di atas,
  • Saya Rafiq Bin Hazri  berminat untuk memohon jawatan sebagai operator mesin disyarikat tuan/puan .
  • 2.Untuk makluman ,saya  adalah lepasan sijil institut kemahiran mara (ikm) yang mengikuti jurusan juruteknik komputer. Pengajian saya tamat pada  jun 2011 yang lepas.
  • 3.Kini,saya bertugas sebagai juruteknik komputer sambilan di ibu negeri sembilan selama 2 tahun sehingga kini. Sebab saya membuat permohonan kerja ini adalah disebabkan ingin mencuba persekitaran kerja yang baru dan pengalaman kerja saya mungkin menjadi aset syarikat kelak sekiranya saya diambil berkerja disyarikat tuan/puan.
  • Saya amat berharap permohonan kerja ini akan tuan/puan pertimbangkan kerana saya ingin berkerja dan memberi sepenuh perhatian disamping meningkatkan margin keuntungan syarikat .
  • Sekian,terima kasih.
     Yang Benar
   —————
(Rafiq Bin Hazri)

Contoh Surat Permohonan Kerja Bahasa English

Memohon jawatan didalam sebahagian  syarikat sektor swasta khasnya,memerlukan pemohon tersebut mempunyai penguasaan bahasa english yang baik dan sekurang-kurangnya memadai dan mampu menerima dan bertindak-balas di atas arahan yang dikeluarkan terutama sekali dari pihak atasan. Menguasai bahasa english merupakan insentif bagi meraka yang ingin meningkatkan peluang untuk naik pangkat,kerjasama perniagaan,peningkatan nilai  diantara  hubungan dua hala dan sebagainya.

Contoh Surat Permohonan Kerja Bahasa English ini adalah contoh surat iringan yang merupakan sebahagian dari penguasaan bahasa english sebagai bahasa kedua dan juga antarabangsa.

Muat Turun : Contoh Surat Permohonan Kerja Bahasa English